Saturday, January 8, 2011

CABUL BUDAK TADIKA PASTI: PADAH KALUNGKAN LEHER BABI DENGAN MUTIARA

Susah nak percaya apabila seorang pengusaha Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam (PASTI) di Hulu Selangor ditahan reman oleh polis kerana terdapat aduan pencabulan lebih daripada seorang kanak-kanak di PASTI yang diusahakannya. (Butirannya di HOUSE OF PK)

Namun apabila disertakan nombor telefon balai polis terbabit dan setelah dihubungi, pengesahan laporan berkenaan diperolehi, apa yang mampu sekadar mengurut dada dan beristighfar moga dijauhkan daripada keaiban sebegitu rupa.

Dan ianya tidak setakat berita itu sahaja. Sebuah lagi BLOG iaitu BLOG BICARA NAWAS juga menceritakan tentang seorang AJK PASTI Pulau Pinang (gambar di atas) yang dituduh menyonglap duit PASTI.

PASTI sebenarnya tidak ada sebarang kesalahan. Bahkan tujuan penubuhannya juga murni selain alternatif kepada sistem pendidikan awal sedia ada. Ramai ibu bapa tanpa mengira UMNO mahupun PKR yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI kerana keberkesanan sistem pendidikannya yang membolehkan seseorang kanak-kanak boleh membaca, menulis dan mengira pada peringkat usia yang masih muda berbanding kanak-kanak KEMAS dan TADIKA PERPADUAN yang masih lagi diajar berseronok-seronok, menyanyi dan berjoget. Apatah lagi PASTI turut menyelitkan nilai-nilai Islam termasuklah pembelajaran Juz 'Amma.

Mungkin kerana masih terlalu 'baru' dan di samping wujudnya sikap ASSOBIYYAH yang sangat menebal, penguasa PAS tempatan telah melantik BABI-BABI yang tidak berkelayakan untuk dikalungkan dengan mutiara. Maka jadilah seperti mana yang dilaporkan, sekaligus kecacatan tersebut akan turut terpalit ke tubuh badan PASTI dan lebih teruk lagi PAS.

Sepatutnya ketua PASTI Pusat bersikap lebih profesional dalam hal ini. PASTI harus diuruskan secara profesional, apatah lagi PASTI sendiri merupakan antara sumber kewangan aktiviti PAS tempatan selain punca pendapatan PAS Pusat. PASTI sudah tidak boleh lagi diuruskan dengan cara kekampungan, oleh orang yang bersikap kekampungan, mahupun berfikiran kekampungan. Sebaliknya perlu diuruskan oleh orang yang mahir dengan sistem pendidikan dan pembelajaran, selain berkelayakan.

PAS bercita-cita hendak mentadbir negara, namun persediaan ke arah itu sekadar cakap-cakap gah. Amalan dan ilmu masih terlalu jauh untuk digapai... apatah lagi dengan pemain-pemain dalam PAS sendiri sebenarnya lebih kembang lubang hidung dari lubang jubor!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Kejap lagi ada yang baling dengan kapak dan langgar lari jaga-jaga kepada yang membuat lapuran bial berhadapan dengan ahlul yang tidak bertamadun ahaks 200x

IMAM BONJOL said...

LEBIH KEMBANG LUBANG HIDUNG DARI LUBANG JUBUR?

BIAR BETUL BANG. .

INI PERIBAHASA BARU NI...JANGAN KAT SEKOLAH LAH.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template