Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri KPDNKK akhirnya menyatakan bahawa 'HARGA MINYAK MASAK TIDAK AKAN MENINGKAT'. Pada masa yang sama, penghantaran bekalan minyak masak ke seluruh negara juga akan ditambah 20% menjadikan jumlahnya adalah hampir 85 ribu tan metrik berbanding 74 ribu tan metrik selama ini. Puncanya ialah ketiadaan minyak masak di pasaran sekalipun Malaysia adalah pengeluar minyak masak terbesar dunia.Usaha yang baik dan tindakan yang tepat... MALANGNYA sangat terlambat dan SENTIASA TERLAMBAT....
Kemerosotan bekalan minyak masak, bukan baru berlaku dua tiga hari kebelakangan ini, sebaliknya ia sudah pun berlarutan selama hampir dua bulan, malah di sesetengah kawasan, ia adalah masalah semenjak tiga bulan lalu. Khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pemborong dan orang tengah tentang kenaikan harga minyak masak, telah mendorong sebahagian daripada mereka mengurangkan bekalan ke pasaran, sungguhpun pengeluaran minyak masak adalah seperti biasa. Ditambah pula dengan pembelian panik oleh pengguna, menjadikan harga minyak kelapa sawit dalam plastik seberat 1 kilogram berharga melebihi harga yang dibenarkan. Harga minyak kelapa sawit yang dibotolkan pula turut melonjak hampir 30% daripada harga yang ditawarkan oleh pekilang.
Ini bukan masalah baru sebenarnya. Ini masalah lama yang masih sama iaitu betapa lambatnya kerajaan terutama agensi dan kementerian yang berkaitan menangani situasi sebegini. Barangkali berita yang sampai ke telinga mereka, masih lagi menggunakan khidmat jin khadam yang gemar melencong ke sana ke mari. Atau barangkali juga kerana ia hanya melibatkan rakyat marhein, bukannya melibatkan golongan VVIP.
Kerajaan UMNO-BN masih belum belajar rupa-rupanya bagaimana hendak mengambil hati rakyat, terutama dalam kemelut kenaikan harga pelbagai barangan termasuklah RON 95 dan diesel yang menjadi nadi pengangkutan majoriti rakyat Malaysia.
Sikap tak apa dan tanggapan bahawa rakyat mudah lupa, pasti akan memakan diri lagi sebagaimana yang berlaku pada Tsunami 2008. Rakyat sebenarnya sangat bijak menilai. Tak guna berpropaganda bagai nak rak sedangkan posisi rakyat biasa bagaikan tapak piramid demi menjunjung para pemimpin yang berada di apex. Walhal jaminan kelangsungan sesebuah kerajaan adalah undi daripada rakyat yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.
Kalau makan dan minum pun sudah tidak terjaga, rasa-rasanya rakyat akan jaga kerajaan sedia ada, tak?
Sendiri fikir, sendiri jawab!!!


6 comments:
ini ada usaha terancang org cina untuk menjatuh kan kerajaan adan org melayu..saja sorok barang saja bg barang naik harga.......celaka cina nie.kena didik anak kita membenci kaum nie
Nak cepat tukar kepada kerajaan PR. Dia boleh buat cepat dengan tak payah ikut undang-undang. Dia pakai undang-undang kepala dia sendiri.
agbr47: Kerajaan memang lembab pun.
Bonggok sungguh..duk kata kat cina pasal harga barang !! yang kerajaan bodoh duk perati aje buat natang ape ?? dah la BN.. aku menyampah sangat pasal nie..slogan baru nak "dahulukan rakyat...memang dah diperbodohkan rakyat Malaysia nie..
Mujur le BN..kalau PAKATAN RAKYAT..mmm aku tak leh nak bayangkan!!
Cuma tangkasnya mereka dlm menangani semua masalah ialah ngan salahkan BN walaupun perkara2 yg berlaku dalam selimut mereka.
Gomen patut buat syarikat pemborong besar yang dapat bersaing dengan syarikat cina, kalau tak nak suruh lah GLC ke bernas melalui Gardenia aku rasa Garnenia tu mampu bersaing kalau diberi peluang seperti rotinya yang berjaya diedar ke kedai cina.
umno patut mengambil kesempatan ini dengan mengambil inisiatif yang boleh mendekatkan diri mereka dengan rakyat seperti mewujudkan satu syarikat yang berupaya menyaingi syarikat pemborong utama di negara ini.langkah sebegini jika diambil pasti mampu mengukuhkan umno dalan pelbagai aspek...
Post a Comment