Saturday, January 8, 2011

DEWAN PEMUDA PAS HIMPUNKAN PENGAMAL MEDIA BARU, PEMUDA UMNO DUK TANG MANA?

Dewan Pemuda PAS ternyata berpandangan jauh dan ke hadapan berbanding Pergerakan Pemuda UMNO apabila mampu mengenalpasti peranan DUNIA MEDIA BARU apabila bakal menghimpunkan pengamal-pengamal dunia baru media (blogger, facebooker, twitter dan websiter) di Hotel Green Park, Temerloh Pahang pada 15 Januari 2011.

RUJUK DI SINI

Pastinya dalam perhimpunan tersebut, pandangan daripada pengamal dunia media baru yang rata-ratanya mempunyai pandangan grassroot akan digunakan untuk memantapkan perjuangan PAS khususnya DPP sendiri. Apatah lagi, pengamal media baru yang membabitkan blog, facebook, twitter dan website biasanya merupakan golongan yang berusia antara 21-40 tahun, atau lebih tepat lagi, golongan muda yang sedang dan akan menjadi pengundi majoriti dalam sistem pilihanraya demokrasi rom di negara ini.

Dan kalau dilihat kepada kebanyakan pengamal media baru pro-Pakatan Rakyat khususnya PAS, mereka kebanyakannya lebih tertumpu kepada objektif parti, bukannya menaikkan nama pemimpin, sekalipun segelintir pemimpin Erdogan-Liberal PAS cuba menonjokan diri untuk kedudukan yang boleh membuatkan mereka menjadi orang berkuasa dalam PAS.

Maka timbullah pertanyaan, masihkah para pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO beranggapan pengamal dunia media baru adalah 'budak-budak yang bermain guli', 'saja suka-suka', 'golongan picisan yang tiada sebarang nilai', serta si tongong-si tongong yang akan menyokong mereka secara membuta tuli dengan secawan kopi, sepinggan nasi serta sedikit kata-kata pujian yang boleh mengembangkan lubang jubor serta lubang hidung?

Sekalipun, sudah ada pemimpin UMNO yang mulai membuka mata, terutama dengan 'hikmah natijah yang menimpa Menteri Penerangan' sendiri yang kemudian, dibantu oleh blogger dan facebooker yang pro-UMNO-BN bagi membersihkan namanya, namun bilangan mereka sangat kecil. Masih terlalu ramai pemimpin UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO yang hidup dalam gua batu dan tongong, buta serta tuli. Malah masih terlalu ramai yang SANGAT SOMBONG, ANGKUH dan BUTA PERUT apabila memperkatakan tentang pengamal dunia media baru, sekalipun yang dicemuh itulah bersungguh-sungguh benar mempertahankan UMNO sekalipun parti berkenaan banyak buat salah terutama apabila membabitkan harga barang-barang makanan dan perkhidmatan!!!!

Suka atau tidak, sebenarnya para pengamal dunia media baru tanpa mengira parti yang sokong, ideologi yang dikendong, mahupun manhaj yang dianuti, wajar BERTERIMA KASIH kepada Dewan Pemuda PAS yang menghargai sumbangan mereka dalam industri info dan maklumat.

Nak harapkan Pemuda UMNO buka mata dan sedar? Tak payahlah, mereka lebih senang fikir, siapa nak jadi Ketua Pemuda, sapa nak jadi Setiausaha dan siapa yang nak jadi Menteri serta Timbalan Menteri... perjuangan mereka setakat itu sahaja....

2 comments:

Anonymous said...

Salam CTW,

Cukup cun. Straight to the point.

Lama xonline FB?

Saiful

MALAYSIAN UNITED on January 8, 2011 4:55 AM said...

Salam.. Minta jasa baik saudara untuk link kan blog saya di blog anda.. www.malaysianutd.blogspot.com
TQ

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template