Kisah pembabitan beberapa orang pemimpin DAP dalam dunia gelap, semakin hebat diperkatakan. Dan terbaru ialah di Sibu, kawasan yang berjaya direbut oleh DAP dari tangan Barisan Nasional.Namun kemenangan DAP turut menyemarakkan satu lagi masalah di Sibu walaupun Ahli Parlimen DAP itu menjanjikan penyelesaian masalah ketika berkempen. Masalah tersebut adalah gangsterisme.
Berita tentang kegiatan gangster yang bukan sahaja mengugut dan memeras penoreh-penoreh getah, sebaliknya turut merampas kebun getah daripada pemiliknya sudah sampai ke pengetahuan polis dengan 10 penangkapan dibuat setakat ini. Sibu bukan sahaja terkenal sebagai tempat berkumpulnya masyarakat Foochow, tetapi turut berkumpulnya segala kegiatan samseng yang menumpang tui kemenangan DAP.
Itu kisah di Sarawak. Kisah di Semenanjung juga tidak kurang hebatnya terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang. Semenjak kemenangan DAP di beberapa kerusi Parlimen, peningkatan kadar jenayah lendir dan jenayah wang, semakin berleluasa. Saban minggu, serbuan dan tangkapan polis ke atas pelacur-pelacur asing, nampaknya tidak berkurangan, bahkan semakin bertambah.
Maka timbullah tanda tanya, apakah kerana DAP dipimpin oleh sebilangan peguam-peguam yang berpengaruh, maka kegiatan jenayah juga semakin berleluasa? Apakah kerana para penjenayah terbabit begitu yakin mereka akan dapat meloloskan diri dengan bantuan daripada peguam-peguam yang menjadi pemimpin DAP, maka mereka tidak perlu takut dan gentar dengan undang-undang.
Melihatkan situasi semasa, sememangnya para pemimpin DAP yang berkerjaya selaku peguam, gemar benar mengambil kes yang menentang pihak polis. Apa-apa sahaja kejadian membabitkan pihak polis, mereka akan cepat-cepat bertindak dan membawa ke mahkamah. Bagaimanapun, mangsa itu PERLULAH berketurunan Cina atau India. Kalau Melayu, agak kurang sedikit minat mereka sekalipun memang ada kes yang menunjukkan mangsa itu benar-benar mangsa, bukannya penjenayah yang berlagak jadi mangsa.
Kita boleh perhatikan kepada beberapa kes seperti kes A.Kugan dan beberapa nama anak India yang lain. Begitu juga dengan nama seperti Teoh Beng Hock dan nama-nama Cina yang lain, semuanya dijadikan sebagai alasan untuk para pemimpin DAP menonjolkan diri sebagai pejuang hak manusia.
Apabila mangsa berjenama Melayu, mereka akan membuat pilihan secara hati-hati dan adakalanya lebih bersikap sambil lewa. Seorang wanita Melayu yang disangkakan berbangsa Cina, telah dibela oleh Teresa Kok kerana terpaksa melakukan prosedur di dalam lokap sehinggakan Hishamuddin Hussein terpaksa ke negeri China untuk meminta ampun daripada pemerintah di sana. Dan akhirnya apabila wanita berkenaan seorang Melayu, Teresa Kok bagaikan tertelan gigi palsu dan para pemimpin DAP yang lain terus bisu dan pura-pura tak tahu.
Maka wajar sangatlah apabila terdapat ungkapan yang mengatakan, di mana DAP menang, di situ gangster berkembang kerana sehingga setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan DAP sememangnya membenci penjenayah sebaliknya mereka yang membela penjenayah atas nama kemanusiaan.
Dan barangkali tragedi yang berlaku di Sibu, seandainya Polis Diraja Malaysia tidak mengambil langkah-langkah pencegahan serta penghapusan yang lebih berkesan, mereka pula akan dipersalahkan oleh DAP, seperti yang mereka lakukan dalam beberapa kes yang lain.


1 comments:
kat puchong dap menang...
anak karpal singh ular jadi wakil parlimen...
tak tahulah berapa banyak pusat pelacuran dan rumah urut kawasan ni.
bila ada pelacuran,mesti ada gangster yang menjaga kawasan tu.
anak karpal singh ular ni yang jadi pelindung segala kegiatan samseng,pelacuran dan perjudian kawasan puchong.
pusat pelacuran terbesar daerah petaling jaya ialah kawasan puchong IOI.
dengar cerita bapat anwar jadi penerusi IOI sekarang..
Post a Comment