Bangga betul Menteri Besar Kedah, OSTAT KITA mengumumkan peningkatan hasil balak Kedah yang dikatakan berjaya diperolehi sepanjang tahun 2010. Menurutnya hasil premium balak pada 2010 adalah RM50 juta, jumlah yang jauh lebih besar berbanding perolehan pada zaman Det Khalid iaitu RM8 juta.BACA DI SINI
Sekalipun beralasan bahawa perolehan itu adalah hasil daripada sistem tender terbuka, namun ramai yang melihat hasil berkenaan diperolehi daripada saiz kawasan pembalakan yang lebih besar berbanding sewaktu pentadbiran Barisan Nasional. Dan lebih teruk lagi, pembalakan pada zaman OSTAT KITA pula dikatakan menambahterukkan kerosakan alam semulajadi, sekaligus menyebabkan berlakunya fenomena banjir besar.
Peningkatan hasil 205% hasil balak, natijahnya ialah banjir terburuk dan terbesar dalam tempoh 100 tahun. Tahun 2011, dijangka banjir besar akan melanda Kedah sekali lagi dan kawasan yang bakal dilanda bersaiz lebih besar berbanding yang berlaku beberapa bulan dahulu akibat keserakahan penebang-penebang dan konsesi balak.
Bagaimanapun, ada juga kemungkinan OSTAT KITA akan lebih berhati-hati kali ini memandangkan iklim politik di Kedah mulai berubah. OSTAT KITA tidak sahaja berhadapan dengan pertentangan dari luar Pakatan Rakyat, sebaliknya dari dalam PAS sendiri. Isu balak besar kemungkinan akan dijadikan sebagai senjata untuk gerombolan berkulit serigala memudahkan projek rampasan kuasa mereka!!!!


0 comments:
Post a Comment