Isa Samad, Pengerusi baru FELDA telah mula turun padang. FELDA pertama yang dia turun untuk memberikan ceramah dan penjelasan adalah FELDA Tenang. Pada masa yang sama, dia turut meninjau masalah yang dihadapi oleh warga peneroka di FELDA berkenaan.Pastinya Mazlan Aliman dan konco-konconya tidak senang hati dengan situasi ini. Apatah lagi, ceramah yang membabitkan Anwar Ibrahim di Felda Cemplak beberapa hari lepas, tidak begitu mendapat sambutan sekalipun media-media propaganda Pakatan Rakyat, meuar-uarkan jumlah penonton ceramah Anwar Ibrahim sehingga ke angka ribuan walaupun jumlah yang sebenarnya jauh berkurangan daripada yang disiarkan.
BACA DI SINI
Eloklah Isa Samad berbuat begitu. Setidak-tidaknya Isa Samad boleh tahu siapakah di kalangan pegawai-pegawai FELDA setempat yang sebenarnya menjadi musuh kaum peneroka dan penyelewengan kuasa yang berlaku. Mendengar sendiri keluhan daripada kaum peneroka jauh lebih baik berbanding mempercayai laporan-laporan positif yang diberikan oleh pegawai-pegawai setempat yang kerap kali menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan warga FELDA.
Pastinya juga Mazlan Aliman yang menyaman malu FELDA sebanyak RM20 juta, akan berhadapan dengan kerja yang sukar, memandangkan Isa Samad bukanlah seperti Yusuf Nor yang lebih banyak membuat kerja-kerja di pejabat. Isa Samad yang dikenali adalah jenis yang turun padang untuk mendengar sendiri masalah, bukannya mendengar masalah orang lain menerusi mulut orang lain.
Pastinya juga, turunnya Isa Samad ke FELDA Tenang sebagai permulaan, menandakan bermulanya pengatasian masalah yang melibatkan generasi kedua dan ketiga yang sebelum ini sangat terdedah kepada tohmahan dan dakyah daripada Pakatan Rakyat, khususnya menerusi tentera-tentera dan talibarut Mazlan Aliman.
Dan kalau anda dapat perhatikan, semenjak Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi baru FELDA, Mazlan Aliman sudah kurang bersuara dan berita tentang ANAK yang hendak menyaman FELDA turut berkurangan. Mungkinkah taktik kali ini diubah oleh Mazlan Aliman yang sudah pasti ada 'tuan besar' di belakangnya, terutama dalam usaha untuk mengambil tanah-tanah FELDA untuk diserahkan kepada tuan-tuan besarnya?
Kita tunggu sahaja apa yang akan dilakukan oleh Isa Samad yang sekurang-kurangnya akan cuba membersihkan imej dan namanya daripada kemelut politik wang yang pernah menyaksikan dia digantung keahlian daripada UMNO beberapa tahun lalu. Pastinya, FELDA akan dijadikan pemangkin kejayaan dan kesungguhannya kerana Isa Samad sentiasa percaya bahawa dia sebenarnya berada dalam kelompok pemimpin elit, bukannya budak-budak cikai seperti Mazlan Aliman....


1 comments:
artikel ini telah di copy paste ke blog khas untuk PRK N5 DUN Tenang. :) Terima kasih untuk maklumat ini.
Support us!
BLOG: http://n5duntenang.blogspot.com
FB PAGES: http://www.facebook.com/pages/PRK-N5-DUN-Tenang/184847584874021
Post a Comment