Monday, January 3, 2011

ISMAIL SABRI YAAKOB PERLU BERAMBUS SEGERA!!!!

Minyak masak hilang dari pasaran! Minyak masak tiada walaupun Malaysia adalah pengeluar minyak masak yang terbesar di dunia! Minyak masak hampir pupus di pasaran pengguna, walaupun harga sawit dunia berada pada paras tertinggi dunia!!!

Justeru, taktik, tak apa, kita menang dulu kemudian baru selesaikan masalah, wajar dicampak ke dalam longkang! Menteri yang berkaitan, Ismail Sabri Yaakob telah menyusahkan kaum pengguna menerusi beberapa siri peningkatan harga ketara sekalipun gaji, elaun dan segala kenikmatan hidupnya dibiayai oleh rakyat Malaysia!

Semua manusia adalah masyarakat pengguna. Dan sebahagian daripada masyarakat pengguna adalah pengundi. Daripada sebahagian tersebut, sebahagian lagi adalah penyokong UMNO-BN.

Ismail Sabri Yaakob adalah menteri yang mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat pengguna. Beberapa tindakan dan cakap-cakapnya nyata telah menjadi liabiliti kepada UMNO-BN sendiri.

Dan sekarang, selepas gula, diesel, RON95 dan gas pembakar, minyak masak pula nampaknya memasuki senarai yang bakal menghancurkan UMNO-BN.

Suka tak suka, setuju atau sebaliknya, Ismail Sabri Yaakob memang SANGAT LEMAH!!!

Masalah kekurangan bekalan minyak masak, masih belum sampai ke pengetahuannya. Mulutnya masih terkunci atau barangkali dia masih berseronok-seronok menyambut kedatangan tahun baru bersama ahli keluarganya yang dibiayai oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Atau menteri ini sedang memberi peluang kepada orang tengah yang kerja mereka hanya memaketkan dan membotolkan minyak masak dengan jenama mereka sendiri untuk menaikkan harga dan kemudian, tampil sebagai penyelamat umat Malaysia?

Kalau menteri sendiri bagaikan mata tajak tidak berasah, lebih baik BERAMBUS segera daripada jawatan yang disandangnya. Rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, agama yang dianuti atau darah kaum yang mengalir di badan masing-masing, pastinya cukup SENANG HATI seandainya Menteri yang semandom, selembab dan sangat majal seperti Ismail Sabri Yaakob segera meletakkan jawatan kerana kegagalannya mengawal harga barang serta memastikan bekalan mencukupi untuk keseluruhan rakyat Malaysia!!!!

7 comments:

balut_skek said...

baikkkk munyerrrr!!

nun manjung said...

kah kah kah baik munyerrr..

Naza said...

Pi mapusss la ini Semail. Sibuk nak promosi anak dari buat keja menteri...

Anonymous said...

salam semua..kita semua telah menyaksikan dan telahpun experience perihal kenaikan harga barang2 keperluan harian kita kan..kebanyakannya kenaikan ini berlaku semasa adanya pr/kecil,dan ramalan PRU13...hairan jugak rasanya!..semacam ada unsur2 sabotaj untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN ...apakata sahabat2 bloggers dan komentar2 siasat sikit siapa ismail sabri ni ???...JANGAN2 dia ni ada kaitan dgn geng2 sebelah sana kot?...Insan yang kehairanan mohon petunjuk kebenaran..

dzimba MMIM on January 3, 2011 6:25 PM said...

belum beli cermin besar dan tilik diri kot?

Anonymous said...

Sibodoh dan sibangang mana lah yg dah undi sisamdol ni.

Tu lah,... nanti masa undi dalam PRU13 besok, pikio habih2 (kata oghang peghok). Jangan guna kepala lutut, guna kepala otak.

Menteri ni kita undi dia untuk tolong kita, bukan kita tolong dia.

SiSabri ni dia tak pegi supermarket untuk beli barang2... beli ikan ke, sayur ke, beras ke, gula ke, tepung ke... semua bibik dia yg beli...dia naik kereta, dreber dia yg isi minyak...

Jadi, macam mana dia nak tau kesusahan rakyat, macam mana rakyat marhaen hidup didlm bandar, diluar bandar, hidup terkial2 utk makan hari2.

Binawe...busuk punya menteli

hisham on January 3, 2011 8:59 PM said...

kepada dato' najib..
tolong lah buangkan saja menteri ni..
jangan sampai rakyat di bawah marah kerana ada antara menteri dato' yang tidak mempunyai jiwa rakyat.
semail sobri oiii...
kalau harga minyak kelapa dara naik kami tak kisah sangat.
kami bukan gila nak keraskan batang atau nak besar/panjangkan batang macam orang2 pas.
ini minyak masak kepeluan harian rakyat.
jangan lah asyik bela tokeh dan pembekal serta pengilang minyak.
kami tahu lah..bila berenti nanti kamu akan dilantik jadi pengarah syarikat pengeluar minyak masak.
rakyat macam kami mana mampu beli KY JELLY...nak menikah bini muda macam menteri2 kami tak mampu.
bini dirumah dah nak expired...dah kering...
nak melicinkan kena la sapu minyak.
takan nak sapu minyak yang dah guna buat goreng ikan pula.
minyak baru lah kena guna.

susah kalau dapat menteri tak dak akai.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template