SMS yang diterima pada 1.31 PM tadi...SMS BUAT KJ: Assalamualaikum YB KJ, tanpa ribut/taufan sekali lagi sdr gegarkan persoalan personal sdr, dalam UMNO/BN nak hadapi PRUumum ini sdr buat hal lagi, sudah2lah, sdr nak berehat, nak bersara, nak belajar atau apa shj yang berhubung kait dgn UMNO/BN, tlglah sampaikan secara bebrisik pada YAB Presiden UMNO, tak perlu lontar cerita meloyakan ini pada umum. Sampai sahaja masanya, beritahu pada Presiden UMNO, "Sir, I want to resign from UMNO", habis cerita. Skrg ini jentera UMNO/BN nak kena jwb pula prob sdr d akar umbi, buang masa kami sahajalah. Sudahlah d Sel ni segelintir 'Pem UMNO Hidup Segan Mati Tak Mahu,' jgnlah bebankan lagi Presiden & Tim Presiden. Klu sdr rasa sdr gagal, jgn herert sekali UMNO d lembah kegagalan. Saya pohon pada media arus perdana tak perlu ulas soal KJ nak berhenti ni, BEBAN! BEBAN! Akar umbi UMNO Sel sdg bertenaga nak tumbangkan anjing2 Pakatan Rosak, jgn luluhkan smg kami. Salam, WIP - GAPS
Panjang lebar sungguh SMS tersebut tetapi isinya cukup jelas iaitu MELUAT dengan 'promosi' yang dilakukan oleh Khairy Jamauddin yang membayangkan keinginannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU13 nanti.
Sama ada Khairy benar-benar bermaksud untuk tidak mempertahankan jawatannya selaku Ahli Parlimen Rembau dibuat atas 'keperluan akar umbi' atau satu lagi desakan agar dia diberikan jawatan dalam rombakan kabinet akan datang, hanya dia dan pengatur strateginya sahaja yang mengetahui.
Ramai yang melihat cara Khairy menyuarakan 'keinginannya' itu tidak tepat pada masanya. Apatah lagi tatkala banyak benar rumusan yang tidak 'elok' terkena pada batang tubuhnya, sekaigus membuatkan keinginannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau lebih kepada ugutan, bukannya bersifat prihatin.
Maka SMS berkenaan merupakan manifestasi daripada suasana sebenar yang perlu dihadapi oleh para penyokong UMNO sama ada mereka adalah peminat KJ, penyokong KJ, mahupun penentang KJ yang tegar seperti beberapa orang blogger yang tidak sembunyi-sembunyi menentang Khairy Jamaluddin walau atas isu apa sekalipun!
Kesempatan yang diambil oleh para penyokong Pakatan Rakyat dalam isu Khairy tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, tidak memberi kelebihan kepada para penyokong UMNO/BN. Dan sememangnya isu ini mencacatkan kerancakan serangan para penyokong UMNO yang mula menampakkan semangat.
Namun terfikir juga, walau apa yang dilakukan dan disuarakan oleh Khairy, sebenarnya tidak pernah memberikan kelebihan kepada para penyokong UMNO pun! Kelebihan hanya diperolehi apabila Khairy menutup mulut dan tidak menonjolkan tingkah lakunya.... dan seandainya kita berada dalam kedudukan Khairy, pastinya kita juga akan kebingungan... cakap salah, tak cakap lagilah salah...
Atau mungkin juga sebenarnya, Khairy tersalah pilih masa? Atau kata sesetengah orang, sengaja memilih masa yang salah untuk melakukan tekanan bagi tujuan peribadi?...
Entahlah... yang sohehnya, Khairy Jamaluddin bukanlah pemimpin yang berasal dari akar umbi... mungkin juga dia tidak memahami budaya hidup manusia di negara ini kerana dia tidak pernah hidup dengan cara akar umbi Malaysia semenjak dilahirkan sehinggalah dia berkahwin dengan Nori Abdullah...


4 comments:
HIDUP KJ, HIDUP KJ, HIDUP KJ....
dia ni kalau keluar dari UMNO lagi baguih la.. keje dia tak lain.. mengatur rakan-rakan "TINGKAT EMPAT" dia ni masuk ke semua tempat yg boleh BAGI MAKAN kat diaorang.. bukannya tau buat keje.. contohnya satu sykt PRINTING kat KL.. boleh ke satu MD (member dia gak la) boleh suruh bermesyuarat pkl 1 pagi semata-mata nak tunggu dia abis majlis UMNO? bangang!!! tu la dia RAKAN-RAKAN KJ ni yg bangang!!! dah la tak yah nak PIKIR pasal dia ni.. ADA MENYEMAK.. TAK ADE PUN TAK APA..
MAMAT ni bukan apa.. dah xde sapa-sapa yg nak COVER dia dah.. DULU boleh la.. BAPAK MERTUA ada.. sekarang?.. bukan apa..MAMAT ni nak buat kontrovesi supaya org tau dia MASIH ADA di persada politik.. maklumlah MENANG KERUSI tapi takleh JADI MENTERI.. yg kalah lak dapat JADI MENTERI.. tu jer sebab dia asik buat kontrovesi jer.. tak ramai yang suka dia DALAM UMNO.. pijak kepala orang lain untuk ke puncak.. yang lama dan panjang BERATUR ni nak buat apa? al-kisahnya..
MAMAT SEKOR NI CUKUP CELAKA..BUAT ROSAK PARTI ADALA..AKU DAH LAMA DOK TUNGGU DIA BLAH...TOK DOK WAT MUKA WALFARE, TAKDA SAPA PUN KESIAN...BERAMBUSSSSSSSSSS
Post a Comment