Berita baik untuk para pejuang PAS!Kalau tidak ada aral, tidak ada halangan, dan tidak ada pujukan serta tidak ada helah taktikal, Khairy Jamaluddin akan menyertai PAS berikutan 'huluran' tangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi.
Semuanya bermula apabila Khairy Jamaluddin membayangkan tidak lagi berkeinginan untuk mempertahankan Kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya pada PRU12 lalu. Menurut Ketua Pemuda PAS itu, pentadbiran Najib Abdul Razak tidak melihat potensi yang terdapat pada diri Khairy Jamaluddin sekaligus menyisihkannya biarpun Khairy adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Rembau.
'Tidak baik mempersia-siakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedangkan ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh,' kata Nasruddin Tantawi. (HARAKAH DAILY)
Seandainya Khairy Jamaluddin melompat dari UMNO ke PAS, pastinya PAS telah mendapat satu kemenangan moral, sekaligus menandakan wujudnya sokongan daripada anak-anak orang elit seperti Khairy kepada PAS yang selama ini dianggap sebagai parti kampungan dan jumud beku kerana menafsirkan Islam mengikut mata yang berkepentingan.
Dan pastinya juga, ramai di dalam UMNO yang sangat suka hati dengan penghijrahan Khairy itu. Tidak salah juga seandainya ada orang yang akan berkenduri tujuh hari tujuh malam jikalau Khairy benar-benar menyeberang ke dalam PAS.
Persoalan yang timbul kini ialah, apa akan jadi dengan PAS selepas itu, terutama sekali Lujnah Pemudanya? Apakah penyakit berat UMNO akan dibawa bersama ke dalam PAS dan yang terlebih penting, sejauh manakah penerimaan anggota-anggota akar umbi PAS yang selama ini wala' tidak berakal, taat tak berotak? Apakah mereka sanggup berbaiat kepada Khairy setelah Khairy juga berbaiat dan bersumpah takliq talak tiga kepada isterinya, Nori Abdullah sekiranya dia keluar dari PAS selepas itu apabila dipilih sebagai wakil rakyat?
Apa lagi Khairy... peluang keemasan sedang menunggu, apatah lagi ketika ini PAS semakin mendapat sambutan terutama dari kalangan orang muda!!! Sambut sahaja huluran tawaran Nasruddin dan isi sahaja borang ahli... jangan lupa untuk bayar yuran keahlian seumur hidup, ya... nanti jadi macam satu makhluk tu, yuran tak bayar tapi memekaknya mengalahkan jadi ahli seumur hidup dunia dan akhirat!!!!


10 comments:
AKU MACAM NAK MENJERIT SERONOK SANGAT2222222...BILA MAMAT SEKOR NI NAK BLAH....
TAHNIAH TAHNIAH SURUH DIA BLAH CEPAT222 SIKIT...LAMA DAH DOK GERAM
aku pun suka yang teramat sangat....
kena pi pasar tani beli pisang berangan..order nasi lemak lauk ayam 100 bungkus..nak hantar ke masjid...
dah niat camam tu dulu...
khairy elok la masuk pas...dosa dia guna wang masa pemilihan ketua umno dulu amat besar.
bila dah dalam pas....nik ajis bolih telepon tuhan pas minta cucikan segala dosa khairy.
itu saja yang khairy bolih buat kalau dia nak merasa masuk syurga
HARAP-HARAP JADILAH SI KITOL NI BLAH. CEPAT-CEPATLAH BERAMBUS. NAZAR AKU AKAN HANTAR PULUT KUNING DAN KARI AYAM KE MASJID JIKA DI BLAH.DAH LAMA MENAHAN RASA DENGAN SI KITOL NI..BLAHHHHHHHHHHHHHH
Lepas ni kita tengok ...
Siapa pulak yang akan KUTIP sampah UMNO ni...
PKR..PAS..ataupun KITA...
kalau dah ada yang sudi menerima elok la tu.. soal nori perkara kecil, kerana dalam PAS boleh kahwin 2,3 atau 4.
Tahniah Khairy dan saya ucapkan selamat berjaya la yer. bye bye
Terima kasih KJ..Semoga berita ini benar belaka.
Jika memang benar,TERIMA KASIH KJ,Tahniah untuk UMNO dan DS Najib.
Syukur kehadirat Illahi dengan khabar gembira ini.Amin..
Hidup UMNO Hidup Melayu Hidup Malaysia!
Perghhh...
kalau jd...
aqlah paling gembira...
Khairy Beruk masuk Pas...
cOnfirm Pas Bungkus...
Khairy Beruk...
ada berani ka????
nape kauorg marah sgt pd KJ..???
Bukan marah..tapi sayang. elok ler masuk PAS, setakat DAP leh ditarbiahkan dan DAP pun bukan main Islamik lagi la ni..
KJ tentu lah lebih mudah utk ditarbiahkan..jika Lim leh ditabalkan sebagai khalifah Umar Abd Aziz..mungkin KJ leh ditabalkan sebagai Mursyidul Am PAS yg baru gantikan Nik Aziz.
Post a Comment