Khalid Ibrahim terus berserabai dan mula bercakap bukan-bukan. Barangkali juga dia sedang kemabukan air tapai. Dan ianya berlaku selepas pembohongannya tentang 'persetujuan' Paduka Sultan Selangor agar dia berbincang dengan SPA dan JPA, ditingkah sendiri oleh titah baginda menerusi kenyataan media yang disiarkan oleh Pejabat Istana Selangor.Disebabkan tidak ada cara lain, Khalid terpaksa memilih jalan yang paling tidak logik iaitu menyalahkan Setiausaha Sulit Tuanku, Datuk Muhammad Munir Bani. Kononnya kenyataan lima muka surat yang disiarkan itu bukanlah titah baginda tuanku sebaliknya pendapat peribadi Setiausaha Sulit baginda. (MSTAR Online)
Khalid barangkali mengambil keadaan di sekelilingnya sendiri ketika mengemukakan pendapat tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan Setiausaha di sekeliling Khalid, terutama sekali Setiausaha Politiknya, Faekah Husin kerap mengeluarkan kenyataan yang bukan memetik daripada Khalid sebaliknya menggunakan pendapat sendiri.
Kenyataan Khalid itu, sekaligus mendedahkan kaedah halus DAP yang berada di belakangnya untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa Paduka Sultan Selangor bukanlah seorang raja yang baik, tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling dan tidak mempunyai pendirian sehinggakan baginda boleh memberikan perkenan kepada pendapat Setiausaha Sulit baginda untuk bersuara bagi pihak baginda.
Atau dengan bahasa kasarnya, Paduka Sultan Selangor cuba digambarkan sebagai seorang raja yang BODOH dan MUDAH DIPERGUNA-GUNAKAN oleh Setiausaha Sulitnya!
Barangkali juga DAP dan Khalid Ibrahim menganggap, Paduka Sultan Selangor adalah sejenis memerang yang akan menangkap ikan sekalipun ikan tersebut adalah puyu. Walhal dalam beberapa tindakan baginda, ternyata Paduka Sultan Selangor adalah seorang raja yang sangat berhemah, bijak membuat keputusan dan sangat berhati-hati.
Dan kerana itulah, sudah ada beberapa ekor juak-juak dan penjilat tegar yang memainkan gambar Kavita Kaur sebagai simbol menyindir baginda tuanku kerana tidak berpihak kepada Khalid Ibrahim dan DAP terutama daripada BLOGGER SYIAH!!!
Permainan politik Pakatan DAP-PKR sudah sangat keterlaluan... mereka langsung tidak ada adab, tidak ada peraturan, dan tidak ada hukum kanun. Semuanya mereka langgar, asalkan mereka kelihatan seperti hero sekalipun hakikatnya mereka adalah parasit!!!


3 comments:
setelah tergagap-gagap cuba menspin keadaan, dengan mudahnya dipatahkan oleh SS Sultan ..
Daulat Tuanku !!
gagagaga
Kita tengok pagi nanti si gagap ni hadir tak dimajlis angkat sumpah SUK didepan Sultan S'gor..kalau dia hadir..dia ni si gagap ni memang saorang yan tak berpendirian..tapi bila dia tak hadir menunjukkan dia tak menghormati sultan..so kita tengoklah mainan sigagap nanti..itu laa yang terjadi bila org bodoh berlagak pandai..
bukan dia spin cerita, dia memang gagap. tu la pasal cerita lain jadinya :-(
Post a Comment