Khalid Ibrahim mencabar UMNO agar menyokong Pakatan DAP-PKR untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang akan memberikan kuasa TIDAK TERHINGGA kepadanya selaku Menteri Besar Selangor, sekaligus MENGHAPUSKAN KESULTANAN MELAYU di negeri Selangor.Perluasan dan peningkatan kuasa Menteri Besar amat diperlukan oleh DAP untuk memastikan faktor Melayu bukanlah perkara terpenting dalam perlantikan Menteri Besar. Selain itu DAP juga memerlukan kuasa tambahan yang dapat mengatasi kuasa KDYMM Paduka Sultan Selangor memandangkan selama ini Sultan-Sultan Melayu termasuklah Paduka Sultan Selangor merupakan benteng terakhir yang mempertahankan Islam dan Melayu di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Dan kerana itulah, Khalid Ibrahim selaku boneka utama Lim Kit Siang di Selangor mencabar UMNO untuk menyokong mereka dengan alasan untuk mengembalikan kuasa Sultan. Yang Khalid tak sebutkan dan tidak akan sebut sama sekali ialah, mencabar UMNO untuk membesarkan ruang serta batasan kuasa Menteri Besar, terutama dalam perkara yang memerlukan perkenan Paduka Sultan sebagai pengesahan.
Khalid akan terus mencabar dan mencabar tetapi Khalid amat sekali seandainya dia tercabar kerana dia hanyalah 'budak suruhan' dan 'pencacai' DAP yang sedang berusaha untuk MENGHAPUSKAN MELAYU dan Islam daripada Perlembagaan, terutama menerusi konsep Malaysian Malaysia mereka.
Anda pernah dengar di mana Melayu dan Islam berada dalam konsep MALAYSIAN MALAYSIA yang diperjuangkan DAP sepanjang kewujudan parti tinggalan PAP Lee Kuan Yew yang ditubuhkan pada 1964 itu selain daripada pembohongan mereka tentang mereka akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan?
Sementara mereka tidak ada kuasa majoriti 2/3 pun, mereka sudah memandai-mandai hendak meminda perlembagaan menurut konsep Malaysian Malaysia, anda rasa DAP tidak akan berbuat apa-apa setelah mereka memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen terutama membabitkan Artikel 152 dan Artikel 153?


0 comments:
Post a Comment