Lebih 360,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini sahaja membabitkan sektor perkhidmatan dan jualan, perkeranian, teknikal dan pengurusan serta profesional dengan penawaran gaji yang sederhana atau tinggi. (BERNAMA)Sepatutnya ini adalah berita baik kepada budak-budak Pakatan, khususnya yang berwujud sebagai ahli-ahli AMK atau simpatisan parti Anwar Ibrahim itu yang sentiasa berzikir dan beratib yang kerajaan Malaysia tidak dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.
Tak tahulah kalau mereka sebenarnya berfikiran, sebagai kerajaan yang baik, kerajaan harus setiap bulan memasukkan sejumlah wang kepada setiap orang rakyat Malaysia tanpa rakyat perlu bekerja dan hanya bergoyang kaki... atau mereka berfikir bahawa walaupun tak lulus SRP, boleh dapat jawatan Pengerusi GLC kerana 'kerajaan baik'.
Kalau itulah yang mereka fikirkan, berita tentang peluang-peluang kerja sebegini hanyalah SATU LAGI BENTUK KEZALIMAN kerajaan UMNO-BN untuk rakyat Malaysia.
Cerita tentang kezaliman kerajaan UMNO-BN yang kononnya tidak meningkatkan ekonomi orang Melayu, atau menganiaya orang Melayu selama 53 tahun, bukan perkara asing di kalangan budak-budak Pakatan. Bagaimanapun, sesuatu yang pasti ialah mereka tidak akan bercerita apa-apa tentang kerja kosong yang ditawarkan oleh pelbagai sektor di negara ini kerana mereka hanya ingin makan disuap, tidur ditatang sedangkan mereka pula berlagak macam batara di kraton.
Apa lagi, pergilah rebut peluang kerja kosong yang ditawarkan itu... dan bila dah makan gaji, tak payahlah sembang deraih tentang perkara-perkara membabitkan ekonomi perniagaan kerana anda hanyalah pemakan gaji, bukannya peniaga!!!


2 comments:
abis, kalau budak2 ni pi kerja nanti sape pulak nk meriahkan jalan2 kat KL dgn demo? :-(
sah ler pempin2 PAKATAN akan kata..ni semua gimmick je ma!!
Tapi dalam diam2 mesti dah tepon kabel masing2..pelepas anak buah dulu.
Post a Comment