Saturday, January 8, 2011

MENTERI KPDNKK MANA HAA?

Mungkin ramai daripada kita dalam dunia blog terutama yang tertumpu kepada politik negara, tidak menyedari satu lagi krisis makanan sedang berlaku di negara ini. Selain kenaikan harga barang-barang yang sedia ada sekarang, krisis bekalan dan harga kelapa juga bakal memuncak pada 20 Januari ini apabila perayaan Thaipussam bakal berlangsung. Atau lebih tepat lagi, upacara memecah kelapa bagi penganut Hindu 'manhaj' Dewa Murugan.

Sebahagian penganut Hindu percaya, bernazar dengan memecah kelapa merupakan cara terbaik untuk mendapatkan restu Dewa Murugan.

Sekarang pun, bekalan kelapa sudah berkurangan di pasaran. Kalau ada pun, harganya adalah sekitar RM1.50 sebiji sehingga RM2.20 bergantung kepada faktor kawasan dan logistik.

Dan sehingga setakat ini, kementerian yang terbabit belum lagi mengambil langkah-langkah perlu untuk mencukupkan bekalan kelapa. Kebanyakan kelapa yang ada di pasaran sekarang, datangnya dari Indonesia. Manakala ladang-ladang kelapa di Semenanjung, telah digantikan dengan kelapa sawit yang jauh lebih menguntungkan dari segi perolehan.

Perayaan Thaipussam akan mewujudkan satu tekanan permintaan melebihi penawaran yang luar biasa di seluruh negara. Memandangkan kelapa di dalam Thaipussam bersifat keagamaan, maka tidak mustahillah akan wujud konflik antara keperluan makanan dengan keperluan beribadah bagi golongan Hindu, sekaligus akan mewujudkan rentetan aliran hilangnya kelapa dari pasaran untuk tempoh seminggu atau lebih.

Apa yang menteri KPDNKK dan para pegawainya sudah lakukan untuk langkah-langkah pencegahan? Atau adakah menteri dan pegawai-pegawai di kementerian terbabit masih tidak mendengar tentang masalah bekalan kelapa lagi atau sekadar berkata, ini adalah pembelian panik seperti alasan yang diberikan untuk menerangkan tentang rasionalnya kehilangan minyak masak dari pasaran walaupun Malaysia adalah pengeluar minyak masak terbesar dunia?

Apa yang menteri dan para pegawai KPDNKK bakal lakukan tentang harga kelapa mentah yang sudah tentu akan meningkat berkali ganda berbanding sekarang menjelang 20 Januari?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template