Kemelut perlantikan SUK Selangor yang baru, Mohamad Khusrin sebenarnya hanya melibatkan Pakatan PKR-DAP, bukannya PAS Selangor. Sekalipun beberapa EKOR Erdogan-Liberal PAS Selangor yang bersuara dengan dibantu oleh ANAK-ANAK SYAITAN, mereka ini hanyalah bertubuh badan PAS tetapi jiwa dan nafasnya adalah DAP dan Anwar Ibrahim.Disebabkan itulah, PAS Selangor sebenarnya kelihatan tidak kisah dengan perlantikan Khusrin. Apatah lagi Khusrin sebenarnya adalah ASET BESAR dalam PERJUANGAN PAS-TULEN untuk mewujudkan sebuah negara yang bersandar kepada hukum syariat selain langkah amar makruf nahi mungkar.
Secara peribadi, Khusrin lebih rapat dengan PAS berbanding UMNO. Tindak-tanduk Khusrin ketika menjadi Pengarah JAIS juga adalah lebih mirip PAS berbanding UMNO. Bahkan dalam beberapa kes yang melibatkan tanggungjawabnya sebagai Pengarah JAIS juga, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan PAS.
Contoh terbaik adalah tindakan JAIS terhadap Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis. Khusrin bertindak setelah mendapat info dan berbincang dengan beberapa pemimpin PAS Selangor. Sebabnya, pemikiran TAJDID Asri Zainal Abidin dilihat menjadi pengancam utama ummat Islam di Malaysia, terutama di kalangan yang kurang berilmu dan terlalu mengambil mudah untuk mencedok segala-gala yang didatangkan atas nama Islam dan jemaah.
Terlebih-lebih penting, di sebalik tanggapan kebanyakan orang PAS yang lebih terpengaruh dengan penonjolan diri ERDOGAN-LIBERAL, Khusrin sebenarnya mempunyai jalinan hubungan yang sangat baik dengan PAS khususnya di Selangor ditambah pula dengan ketegasan, lurus dan bertindak mengikut peraturan serta prosedur.
Atas sebab itulah, DAP yang menjadi tok dalang Pakatan DAP-PKR di Selangor dilihat mengambil masa dan langkah yang sangat berhati-hati untuk melakukan tipu daya. Dan kerana itulah juga, yang paling banyak bersuara adalah kepala-kepala PKR selain Erdogan-Liberal, bukannya PAS-Tulen... sebabnya, perlantikan Khusrin sebagai SUK dilihat sebagai penambahan kuasa PAS di Selangor memandangkan hubungan baik antara Khusrin dengan pemimpin PAS Selangor.
Maka tidak hairanlah mengapa PAS Selangor dilihat lebih MENERIMA Khusrin sekalipun tidak menzahirkan sokongan secara terbuka. Yang memekak dalam PAS Selangor, cuma Khalid Samad yang sememangnya diketahui bertubuh badan PAS tetapi nafas, roh, lisan dan pemikirannya adalah DAP!!!


0 comments:
Post a Comment