Isu petrol naik harga boleh menyebabkan ramai yang berkerut kening. Almaklumlah sekarang ini semuanya bermula dengan petrol. Namun apabila pihak Pakatan Rakyat cuba menggunakan sentimen petrol yang bukan pada tempatnya, ia melambangkan betapa terdesaknya mereka untuk menaikkan sentimen pengundi untuk menyokong mereka.RoN95 tidak dinaikkan dan kekal pada harga RM1.90 seliter. Diesel juga tidak dinaikkan dan harganya kekal pada RM1.80 seliter. LPG juga tidak naik dan harganya tetap pada paras RM1.90 sekilogram.
Yang naik harga adalah RON97. Malangnya, puak-puak pembangkang cuba MENTONGONGKAN rakyat dengan menuduh kenaikan tersebut adalah kerana Najib Abdul Razak. Walhal, harga RON97 tidak dipengaruhi oleh dasar kerajaan sebaliknya telah diapungkan mengikut pasaran harga minyak dunia.
Mungkin mereka tidak faham apa maksudnya DIAPUNGKAN. Dek kerana itulah, apabila harga RON97 meningkat, cepat-cepat mereka menuding ke arah Najib Abdul Razak dan pentadbirannya. Kata mereka, itu adalah hadiah tahun baru daripada Najib Abdul Razak untuk rakyat Malaysia.
Rakyat marhein kebanyakannya menggunakan RON95 yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Yang terkesan sangat-sangat ialah apabila RON95 naik harga. Kalau setakat bising kerana RON97 naik harga, mungkin bising itu berlaku kerana perangai jahat dan busuk hati mereka.
Contohnya begini, kalau kereta import dinaikkan harga, sedangkan pada masa yang sama, harga kereta tempatan lebih rendah, apa perlu dibisingkan seandainya benar kereta telah menjadi barangan perlu? Apa perlunya memburuk-burukkan kereta tempatan dan kemudian bising sebab harga kereta import mahal sebab anda tidak mahu beli kereta tempatan?
Itulah yang berlaku kepada RON97 dan RON95.... kalau dah prasangka sangat dengan RON95 dan enggan menggunakannya kerana kewujudan teori kereta mudah terbakar, terima sahajalah harga apungan RON97. Kalau RON95 naik harga, maka wajarlah memekak dan dicarut-carutkan.
Setakat RON97 naik harga, lantak pi la... tak jadi kudis apa-apa pun... apatah lagi dengan harga minyak mentah dunia yang akan mencecah US$89.79 (RM278.75) satu barrel pada minggu ini.
Dah terdesak sangat ler tuh, sampaikan isu kenaikan harga RON97 pun nak dikecohkan...


1 comments:
apa duk bising2 ngn minyak naik???
pisang goreng pun guna minyak!!! kalau x nak guna minyak, pi kayuh basikal la :-(
Post a Comment