Wednesday, January 5, 2011

SAH!!!! UTUSAN MALAYSIA BUAT FITNAH!!!

UTUSAN MALAYSIA ONLINE melaporkan yang ADUN Komtar merangkap Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kata-kata kesat berbau perkauman kepada seorang peniaga restoran berketurunan India Muslim, Syed Kassali Mohamad Aliyar ketika bersama-sama anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyita premis peniaga tersebut.

Ng Wei Aik telah mengeluarkan kata-kata, "TUTUP KEDAI, BALIK INDIA" kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar.

Ini merupakan SATU FITNAH besar kepada ADUN yang juga Setiausaha Politik yang juga Exco Kerajaan Negeri (jawatan-jawatan banyak ni pun fitnah juga nih!) yang diakukan oleh Utusan Malaysia.

Sangat mustahil Ng Wei Aik mengeluarkan kata-kata rasis sebegitu rupa. Ng Wei Aik merupakan antara ahli DAP yang sentiasa merungut tentang orang Melayu yang bersikap prejudis terhadap para pemimpin DAP khususnya yang berbangsa Cina. Oleh kerana itu, amat mustahil Ng Wei Aik yang merupakan antara Exco DAP paling banyak menerima surat ugutan yang majoritinya berbahasa Cina, akan memandang kulit dan bangsa.

Utusan Malaysia Online yang juga memetik kata-kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia), pastinya telah tersalah lapor atau tersalah orang yang disangkakan sebagai Faruk Raja Mohamed.

Kalau Ng Wei Aik marah sangat apabila Cina disuruh balik ke Thongsan, takkanlah dia nak sebut perkataan balik India pula kepada seorang MUSLIM berbangsa India. Apatah lagi ini negara Islam berdasarkan majoriti penduduk dan pemerintahnya. Atau dengan kata lain, orang yang beragama Islam, sentiasa mendapat keutamaan dan kelebihan di negara ini berbanding orang bukan Islam, malah istilah Melayu juga merujuk kepada golongan beragama Islam sekalipun bukan berketurunan Melayu-Deutro, Melayu-Polinesia mahupun Melayu-Melanesia.

Lagipun, SANGAT MUSTAHILLAH Ng Wei Aik akan berkata-kata seperti itu kerana dia adalah pemimpin dan anggota parti DAP... parti yang sentiasa menekankan ketiadaan kaum (lain selain Cina) di negara ini. DAP sentiasa memperjuangkan kesamarataan (lebih banyak kepada Cina DAP), serta ketelusan (rasuah DAP kena sorok dan perlu diputar belit).

Apabila bernama DAP, MUSTAHIL SANGATLAH akan terkeluar kata-kata RASIS seperti itu. Yang RASIS hanyalah UMNO dan SEGELINTIR PAS yang tidak bersetuju penggabungan PAS dengan DAP!!!!

Jadi kesimpulannya, UTUSAN MALAYSIA telah menfitnah Ng Wei Aik!!!

2 comments:

UjangRanggi on January 6, 2011 12:17 AM said...

Apasal itu mamak tarak mau kasi sumbat cili giling kat mulut Ng Uwek tu? Cili kasi taruk laa...

abd naser bin bedu on January 6, 2011 12:19 AM said...

ha ha ha... semua berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia fitnah belaka... tida yang fitnah melainakn yang fitnah sahaja... yang tak pernah memfitnah hanya akhbar Haprak Daily n Roket Dap dan juga suara keadilan... akhbar mereka ni semua telus dan benar belaka... tiada yang benar melainkan yang benar belaka..... mari kita ketawa ramai ramai..... hahahahahhahahahahahhahhahahahaaaa

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template