Kadang-kadang terasa juga simpati dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK yang sentiasa lari apabila berada di 'medan tempur'. Beraninya hanya pada suara tetapi tindakannya sentiasa menggostan macam dia takut kalah ketika pemilihan Naib Presiden PKR dan kemudian menelan balik ludahnya dengan bertanding jawatan Ketua AMK... dan kemudiannya menang dengan cara menipu sampai Chegu Bard pun naik angin...Bila cerita menteri kabinet terlibat dalam perogolan amah, seronok sungguh dia macamlah dia dapat peluru baru untuk ditembak. Dia pun tembak dentum-dentam tapi tembakannya sekadar peluru kapur. Dia suruh menteri terbabit tampil ke hadapan untuk membersihkan namanya.
Memang betullah, menteri yang terkena natijah itu perlu tampil dan membersihkan namanya. Dan ianya bukan sahaja desakan daripada kaum PKR-DAP semata-mata tetapi juga daripada kalangan UMNO-BN sendiri. Bab-bab jenayah seperti itu tidak boleh dikompromi sekalipun menteri berkenaan baru sahaja diturunkan dari kayangan sebagai 'ANUGERAH TUHAN' kepada rakyat Malaysia.
Cuma yang menjadi masalahnya ialah apabila Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bercakap. Dia sendiri sepatutnya membersihkan namanya daripada tuduhan MENIPU UNDI dan MENGGUNAKAN UNDI HANTU untuk menang jawatan Ketua AMK. Dan tuduhan ini pula, datangnya dari dalam AMK sendiri, bukannya dari UMNO-BN.
Terlebih-lebih lagi, nasihat itu sewajarnya diberikan kepada Anwar Ibrahim agar tidak mencipta pelbagai polemik untuk menunda-nunda kes liwatnya yang sudah masuk tahun kedua. Anwar sudah terpalit sebagai PENGAMAL HOMOSEKSUAL menerusi keputusan yang dibacakan oleh ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertamanya.
Suruh Anwar Ibrahim tampil membersihkan imejnya. Tak payahlah sibuk-sibuk cari jalan nak gugurkan tuduhan liwatnya, kemudian menyalahkan sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan yang kononya tak Islamik, kemudian kenakan pula tuduhan qazaf sedangkan Saiful adalah mangsa atau orang yang terlibat bukannya pihak ketiga sampaikan Dr. Lo'Lo' pun berkata, sumpah hanya wujud dalam perbicaraan walhal sumpah juga merupakan salah satu daripada cara pensabitan hukum.
Menteri terbabit hanya dituduh dan yang dikatakan mangsa, enggan buat laporan atau menyeretnya... ketua si Shamsul Iskandar pula, dah disabitkan dan ianya bukannya cakap dengar lagi...
Kesian si Shamsul Iskandar Mohd Akin nih... dia terlupa sukat tumit tapak kasutnya...


0 comments:
Post a Comment