Tuesday, January 4, 2011

TAZKIRAH SUBUH: JANGAN SAMPAI JATUH SYIRIK!!!



Semenjak kebelakangan ini, kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai cerita-cerita yang kita sangkakan sudah pupus. Namun memandangkan ianya wujud dalam al Quran, bahkan Allah Taala telah pun 'menganugerahkan' Surah Muawizzatain, khusus untuk umat Muhammad yang nuzulnya ketika Nabi s.a.w cuba diracun oleh seorang wanita Yahudi yang sangat memusuhi baginda, fenomena sihir dan 'berjalannya jin di dalam salur darah manusia' akan terus berlaku sehingga dunia ini berakhir hayatnya.

Kisah-kisah sihir sebenarnya bukan cerita dongengan. Semakin dekat kita dengan sangkakala pertama tiupan Israfil a.s, semakin banyak kisah-kisah seperti ini kedengaran. Dan seperti yang dijanjikan oleh Iblis laknatullahhi alaih pada penciptaan Adam a.s, dia dan bala tenteranya akan mendatangi setiap anak Adam dari pelbagai arah untuk menyesatkan mereka. Hanya sanya mereka yang kukuh iman dan taqwanya kepada Allah Taala sahaja yang akan terselamat.

Dan Iblis serta tentera-tenteranya tidak pernah berputus asa, sekalipun terhadap Nabi s.a.w sama ada dalam berwujud al-Mughirah, seorang tua yang dihormati dari Najd mahupun Dzul Khuwaishirah yang mempersoalkan keadilan Nabi s.a.w dalam pembahagian ghanimah Perang Hunain.

Sihir merupakan permainan 'mudah' untuk Iblis dan bala tenteranya menyesatkan umat Muhammad. Disebabkan sihir, manusia yang beriman kepada Allah Taala dan rasul-Nya bergantung kepada ayat-ayat al Quran, sedangkan dari segi Tauhid, amat jelas, AYAT TIDAK MEMBERI BEKAS. Diajarkan oleh 'ustaz-ustaz' pelbagai jenis ayat sekaligus mendorong si pesakit bergantung kepada ayat-ayat yang dihafalnya untuk kesembuhan. Malah sangat ramai sebenarnya yang mengatakan 'ayat ini kuat, ayat ini ampuh, ayat ini power' sedangkan seluruh kekuatan itu adalah daripada Allah Taala dan hanya Allah Taala!!!

Dan selain penyesatan serta kekufuran menerusi taqlid, menerusi sihir juga, syirik berlaku sama ada bersifat khafi mahupun jalli melalui perbuatan dan lisan. Amat ramai yang mengatakan, sihir sebegini kuat, sihir sebegitu sangat ditakuti dan sebagainya. Sekaligus mengalihkan perasaan takut atau khauf bukan kepada Allah Taala sebaliknya kepada sihir dan bekas perbuatan makhluk!!!

Maka berhati-hatilah... keyakinan atau tawakkal kita kepada Allah Taala merupakan salah satu daripada maqamat yang perlu kita capai bagi kesejahteraan taqwa dan iman kepada-Nya.

Maqam adalah beragam muamalat (interaksi) dan mujahadah (perjuangan batin) yang dilakukan oeh seorang hamba pada sepanjang waktunya. Jika seorang hamba menjalankan salah satu daripada maqam itu dengan sempurna, maka itulah maqamnya sehingga dia berpindah dari maqam itu menuju maqam yang lebih tinggi. (Al-Qusyairi, Ar-Risalah-Al-Qusyairiyyah, muka surat 234)

Dan untuk mendapatkan maqam tawakkal, perlulah kita menempuhi 4 tahap iaitu ILMU YAQIN, AINUL YAQIN, HAQQUL YAQIN DAN KAMALUL YAQIN... dan sesungguhnya dengan menempuh keempat-empat tahap keyakinan ini, kita mampu menangani sihir secara langsung tanpa perlu mensyirikkan Allah Taala.

Pada masa yang sama, apabila kita sudah mencapai maqam Yaqin, maka tidak sukar bagi kita mencapai atau duduk dalam maqam Tawakkal pula... hanya tawakkal (berserah diri kepada Allah Taala) yang mampu menyelamatkan kita daripada gangguan sihir. Sebabnya Tawakkal adalah salah satu sifat manusia beriman dan ikhlas. Bahkan tawakkal adalah salah satu tanda orang arif.

Berkata Dzun Nun, salah seorang ulama tasauf dan ahli sufi terkenal apabila ditanya tentang tawakkal...

"Melepaskan diri daripada bantuan dan meninggalkan sebab-sebab." (Al-Ghazali, Al-Ihya, jilid 4, muka surat 264)

Semoga kita terhindar daripada melakukan kesyirikan sekalipun diduga dengan datangnya SIHIR kepada kita atau ahli keluarga. Dan semoga-moga kita semua akan memperolehi MURAQABAH iaitu menghadirkan pengawasan Dzat yang Maha Mengawasi dan kembalikan segala rasa gundah kepada-Nya.... Bi-iznillah wa insya-Allah!!!

1 comments:

balut_skek said...

cer citer cer citer ....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template