Ternyata, undi dari warga FELDA sangat diperlukan oleh Pakatan Rakyat. PKR yang selama ini tidak pernah menghiraukan kebajikan orang lain kecuali Anwar Ibrahim dan keluarganya, berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan sokongan daripada warga FELDA pula.Kaedah yang digunakan tetap sama iaitu MENAIKKAN SENTIMEN dan mempermain-mainkan kebijaksanaan para warga FELDA. Maka tidak menghairankan apabila segelintir warga FELDA yang sangat terkesan dengan DUIT CEPAT, KAYA CEPAT dan JALAN PINTAS UNTUK SENANG, memilih untuk mempercayai tipu daya yang dituturkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.
SUARA KEADILAN ONLINE terus menjadi 'jaguh' dalam hal ini. Portal berita tersebut cuba membangkitkan tentang hak milik tanah yang menurut mereka, FELDA sangat angkuh apabila mengakui bahawa tanah-tanah yang belum bergeran, semuanya milik FELDA.
Ia tidak sukar ditelah mengapa portal berita berkenaan memberikan respons sebegitu rupa. Sebabnya Mazlan Aliman, konco-konconya dan para pemimpin Pakatan Rakyat seringkali menggambarkan kepada warga FELDA bahawa mereka sebenarnya yang menjadi TUAN TANAH dalam setiap tanah rancangan FELDA.
Menaikkan sentimen kemarahan, kebencian dan rasa tidak puas hati merupakan kaedah yang paling baik untuk mendapatkan undi dan pengaruh. Walaupun terpaksa berbohong, berdusta dan memutar belit, ia bukanlah sesuatu yang dianggap jijik, sebaliknya itu adalah kaedah yang dibenarkan dalam sistem demokrasi rom. Dan sebagai pemain utama demokrasi rom di negara ini, PKR memang menganutinya dan menyebarkan fahaman tersebut secara lebih meluas.
Tanah diberikan kepada FELDA 'sebagai pemilik sementara'. FELDA kemudiannya memberikan kepada warga FELDA menerusi persetujuan serta perjanjian-perjanjian tertentu. Tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan peraturan, warga FELDA BUKANLAH PEMILIK TANAH yang mereka usahakan, selagi nama mereka tidak tercatat dalam geran dan selagi FELDA tidak menyerahkan nama mereka kepada pejabat tanah negeri untuk menjadi tuan punya tanah seluas 12 ekar walaupun sudah tua renta.
Sememangnya PKR kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan kredit kerana 'membantu' peneroka-peneroka FELDA dan mengingatkan tentang 'perwarisan' hutang kepada generasi kedua. Setelah diberi tanah, modal mula bekerja, bahkan rumah untuk didiami, PKR cuba menghasut warga FELDA agar segera MERAMPAS apa-apa sahaja yang diberikan oleh FELDA kepada mereka dengan cara yang paling tidak masuk akal.
Sewajarnya FELDA mencantas tunas-tunas ini dari awal lagi. Akibat dibiarkan terlalu lama, akhirnya tunas tersebut menjadi ranting yang membaham FELDA sendiri. Tujuan murni penubuhan FELDA kini digunakan sebagai umpan untuk mendapatkan pengaruh dan merosakkan orang Melayu yang menjadi warga majoriti di dalam tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara...
Berapa banyak sebenarnya puak-puak Mazlan Aliman dan konco-konconya mendapat UPAH daripada taukeh-taukeh besar agar tanah-tanah ladang FELDA BERPINDAH MILIK KEPADA MEREKA?


2 comments:
tapi Tk Guru dah beri restu..semuanya "harus" atas nama sahsiah Islam.
aduhai mangkok2 PR..xkn la x abes bayar lg dah jd hak milik tanah 2.. bodohnya la..klu cmtu aku nk beli tanah2 puak PR yg ada 2..agak2 100 ekar..boleh aku buat ladang sawet sendiri..tapi aku nk bayar 50 hinggit dulu n than tanah tu tukar nama kt aku..agak2 ada x puak PR nk jual kt aku..bodoh punya PR KAYU..
Post a Comment