Wednesday, January 5, 2011

UMNO PERLIS TALKINKAN SENDIRI UMNO DI PERLIS!!! APA SUDAH JADI LAAA?

Isu perebutan jawatan melibatkan bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim nampaknya tidak berkesudahan, bahkan menambahkan episod menarik di negeri sekangkang kera itu. Dan kali ini, ianya melibatkan satu figur kontroversi Perlis bernama Hashim Suboh yang merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis.

Hashim Suboh berkata, satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi MEMBERI AMARAN kepada pucuk pimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.

Episod ini adalah rentetan daripada keputusan UMNO Pusat kerana TIDAK MELANTIK SHAHIDAN sebagai Pengerusi UMNO Negeri!!!!

Majlis berkenaan sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam melibatkan beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan setelah Hashim Suboh berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu. Tengku Adnan dilaporkan bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Md Isa Sabu kepada Najib Abdul Razak.

Apa sudah jadi? Hashim Suboh merupakan figur yang paling menarik apabila secara terus-terang menyalahkan Datuk Radzi Syeikh Ahmad dan Azmi Khalid sebagai tuk dalang yang menyebabkan Shahidan Kassim tidak dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ketika di hujung era Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU12.

Home and energy - home energy efficiency rating



Besar sungguh misi menaikkan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi UMNO Perlis dan Menteri Besar, memandangkan takrif AKAR UMBI yang diberikan kepada penyokong sendiri!!!

(BACA JUGA DI SINI)

4 comments:

Anonymous said...

Salam CTW,

Berita tersebut juga dpt dbaca di blog ini - http://perelih.blogspot.com/2011/01/majlis-talkin-untuk-umno-perlis.html

Jurublog ini adalah antara yg selalu mengikut aktiviti DS Shahidan Kassim.

Tq.

Anonymous said...

HASIM SUBUH NIII LAH YANG MENJADI IBLIS BESAR DALAM PRTIKAIAN UMNO PERLIS. ZAMAN DALAM BELIA DULU PUN MEMANG DIA NI KAKI KACAU.

HASHIM MEMANG DI BELA OLEH SHAHIDAN KASSI, SEBAB DIA NIII... OUT-SPOKEN.

LA NIIII.. HASHIM TAKL DAK KERJA.

NAK TALKIN UMNO PERLIS, LEBIH BAIK TALKIN KAN HASHIM SUBUH, SEBAB DIA NIII... MEMANG DAH HANYUT DAN TAK DAK KERJA DALAM PARTI.

JIKA ORANG MACAM NIII... SANGGUP NAK BAGI AMARAN KAPADA DSNTR, KITA BAGI AMARAN KAPADA DIA, ELOK DIA TINGGALKAN UMNO, KITA NAK TENGOK BERAPA BANYAK PENGIKUT DIA DI PERLIS.

Sangat kasih dan sayang UMNO.

Anonymous said...

hooiii orang Perlis, tunggu apa lagiii... pi cari dia sat....

Anonymous said...

bila la nk abis penyakit2 mcm ni.. duduk la baik2, pakat elok2 :-)

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template