Saturday, January 8, 2011

WOI ORANG FELDA... KELAPA SAWIT KORANG KENA CURILAH!!!

Kes kecurian buah kelapa sawit semakin menjadi-jadi di Daerah Manjung sehinggakan ketua polis daerah tersebut meminta pemilik dan pekebun kelapa sawit mengambil langkah perlu untuk menjaga buah kelapa sawit daripada dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Ini adalah kesan daripada peningkatan harga kelapa sawit yang tertinggi dalam sejarah... sekaligus menyebabkan ramai yang mencari jalan mudah untuk memperolehi pendapatan.

Pada masa yang sama, warga FELDA yang merupakan kelompok teramai yang terlibat dengan kelapa sawit, perlu lebih berhati-hati kerana ladang anda mungkin akan menjadi mangsa makhluk-makhluk perosak yang istilah khasnya adalah 'PENCURI'.

Janganlah duk nganga dengar ceramah Mazlan Aliman dan konco-konconya tetapi pada masa yang sama, ladang anda dimasuki pencuri dan anda terus nganga dengan hasil yang tinggal tak seberapa, terutama sekali YANG AKSYEN BEBENOR NAK BUAT SENDIRI sebab tak percaya anak syarikat FELDA yang menguruskannya.

Elok juga para peneroka FELDA yang hadam sangat dengan dakyah-dakyah Mazlan Aliman agar meminta Mazlan Aliman menghantar skuad UNIT AMAL ke setiap ladang kelapa sawit milik peneroka FELDA untuk menjaga buah-buah sawit matang daripada dicuri.

Ini adalah masanya untuk membuktikan bahawa ANAK dan MAZLAN ALIMAN benar-benar berusaha untuk kebajikan kaum peneroka, bukannya semata-mata nak kaut keuntungan dengan cara mudah menerusi saman ke atas FELDA dan tuntutan gantirugi yang tidak seberapa berbanding apa yang diperolehi oleh peguam-peguam Mazlan Aliman...

Sampai macam tu sekali Allah Taala nak tunjukkan?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template