KDYMM Sultan Johor murka dengan tindakan sekumpulan manusia bongok yang perasan mereka pandai sangat, mengadakan solat dua imam di sebuah masjid di Tenang ketika Pilihanraya Kecil Tenang baru-baru ini. Pilihanraya kecil itu dimenangi oleh calon UMNO, Azhar Ibrahim.BACA MSTAR ONLINE
Kisah solat dua imam bukanlah cerita baru. Ia cerita pada pertengahan 1970-an lagi dan kemuncaknya adalah pada 1982 apabila kerajaan pusat yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan keras terhadap si pelaku perbuatan bidaah berkenaan.
Perbezaan fahaman politik telah menerbitkan perbuatan bidaah yang cuba disandarkan kepada agama. Ini adalah kerana sebilangan manusia bongok yang berbuat begitu, menyandarkan dan menghalalkan perbuatan mereka kepada ajaran Islam.
Antara syarat utama seseorang yang dilantik sebagai imam solat, haruslah orang yang paling fasih bacaan al Quran. Bersandarkan kepada rukun itu, mereka beranggapan, sekiranya ada makmum yang lebih fasih bacaan al Quran berbanding imam, maka solat tersebut adalah tidak sah.
Begitu juga dengan imam yang tidak disukai oleh jemaah, tidak boleh dilantik. Sebabnya, mereka bersandarkan kepada tafsiran singkat terhadap hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan tentang tiga golongan yang tidak diangkat solat mereka walaupun sejengkal termasuklah imam yang dilantik mengepalai segolongan yang tidak suka kepadanya. Singkatnya fikiran mereka apabila mengatakan imam yang dilantik daripada kalangan orang UMNO dan mereka tidak sukakan orang UMNO sebagai imam!
Golongan bangang ini tidak mengetahui bahawa jawatan imam solat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, jawatan imam solat lima waktu; jawatan imam solat Jumaat; jawatan imam solat-solat sunnat.
Untuk jawatan imam solat lima waktu, perlantikan imamnya mempunyai kaitan dengan status masjidnya. Status masjid ada dua iaitu masjid negara dan masjid umum. Masjid negara atau masjid jami' berada di bawah pentadbiran negara. Untuk masjid jenis ini, imam solat adalah lantikan daripada khalifah atau kepimpinan negara. Seandainya imam itu dilantik oleh kerajaan maka imam tersebut lebih berhak menjadi imam di masjid yang di bawah kerajaan berbanding orang lain, sekalipun orang lain lebih mulia dan lebih pandai daripada dirinya. (AL-AHKAM AL-SULTHANIYYAH; Imam Al-Mawardi, pada bab Jawatan Imam Solat, hlmn 178-190)
Begitu juga dengan imam solat jemaah.... hak imam ke atas makmum tidak seperti yang difahami oleh golongan pembangang tetapi berlagak pandai ini.
Lebih menarik apabila hampir kesemua masjid di negara ini adalah masjid yang dibina dan di bawah seliaan pentadbiran negara....
Justeru apabila Sultan Johor murka dengan perbuatan solat dua imam yang berlaku di Tenang, seharusnya umat Islam yang keliru, bersegera mencari rujukan untuk melihat sendiri, siapakah pelampau dalam hal ini. Mendengar cakap-cakap si pembidaah yang berpegang teguh kepada ajaran parti politik mereka, hanya akan menjerumuskan kita ke lembah kejahilan yang maha dahsyat!!!!


5 comments:
Di Johor ada juga Pas tapi tak pernahlah berlaku sembahyang dua imam. Ini PAS keharuk dari benua manalah nie.
Dah aku kata, Sultan Johor tidak akan berdiam jika masjid di politikkan.
Nanti bila yanya dgn PAS...jawapan yang akan dijawab...itu sembahyang dua sesi...macam apa yg terjadi di Shah Alam dulu...senang jer bagi alasan
Yg herannye tak kan org 'penuh iman didada' dan 'Isle tulen' ni tak tau apa hukumnye membuat sembahyang jamaah serentak? Takjub, kan ke mereka ada Mursyidul Am utk tempat merujuk! atau memang begitu yg telah difatwakan!
Kalau bukan berimamkan org PAS, ape jadi? mungkin mereka takut terus dicampak ke neraka jahanam, sedangkan mereka telah dijanjikan 'syurga' kerana mengundi PAS - pasport mudah masuk syurga ...
oh malaysiaku .....
Bukan depa xtau, tapi terlebih belajaq. Belajaq kat guru kuang ajaq...
Solat imam UMNO tak sah. Sembelihan orang UMNO tak sah. Pi kenduri pon takat tolong buat ja, makan tak boleh. UMNO kapiaq sbb berkawan ngan orang kapiaq. Bila depa pakat nagn komunis tue tak kapiaq pulak.
Padahal pemimpin depa solat tak gado pon imam mana. Makan xgado pon kenduri UMNO ka PAS. Sampai bila la orang depa nak kena tipu dengan fatwa sesat depa ni. Larat nak tanggung ka silap depa nie...
KALAU KITA KATA PAS PARTI SESAT, DEPA KATA KITA TAK RETI PASAI ISLAM...HA SEKARANG APA NAK KATA ???
WAJIB DIA JAWAB FITNAH
MEMANG PARTI SESAT DARI DAN SELAMANYA
Post a Comment