Wednesday, February 9, 2011

AKUILAH, CINA DAP SANGAT BIJAK!!!!

Kecoh lagi di Pulau Pinang... kecoh sebab penguatkuasa Majlis Daerah merobohkan gerai orang Melayu... kecoh sebab, dipertikaikan juga mengapa gerai Melayu sahaja yang dirobohkan, manakala gerai bukan Melayu dibiarkan....

Sekali pandang, memang kelihatan kesian sangat dengan Melayu-Melayu Pulau Pinang itu. Mereka digambarkan sebagai golongan yang tertindas, golongan yang ditekan dan golongan yang dianaktirikan. (RUJUK BLOG PISAU.NET)

Sebenarnya apa yang berlaku di Pulau Pinang bukanlah perkara yang menghairankan. Kemelut itu sengaja yang dicipta untuk menimbulkan dan menguatkan persepsi bahawa Melayu adalah golongan yang lemah, bahlol, tidak tahu apa-apa, daif dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila dipengapa-apakan.

Buat apalah Melayu bising? Melayu tidak boleh berniaga. Kalau Melayu cuba juga berniaga, mereka perlu dihapuskan. Perniagaan mereka perlu dirobohkan. Melayu hanya layak makan gaji dan menjadi kakitangan. Melayu hanya boleh menerima arahan dan menjalankan arahan. Melayu tidak boleh mengeluarkan arahan Dan yang paling penting, segala arahan sama ada yang diterima dan dilaksanakan, hanya boleh dilakukan di kalangan Melayu semata-mata. Tidak boleh sama sekali menyentuh kaum lain.

Itu yang telah dibuktikan oleh DAP di bawah kepemimpinan Lim Guan Eng.

Perhatikan sahaja apa yang berlaku dalam video klip di bawah. Melayu jadi penguatkuasa. Melayu yang gerainya dirobohkan. Melayu yang bercukcak sesama Melayu. Melayu yang kemudiannya bertolakan sesama sendiri. Dan Melayu jugalah yang memekak tentang keadilan.

Di luar sana, Lim Guan Eng dan orang sebangsanya sekadar tersengih sambil berpeluk tubuh.

"Senang sangat memperdayakan Melayu!"

5 comments:

Mohd on February 9, 2011 10:26 PM said...

Lim Guan Eng ini tersangatlah bodohnya.
Kenapa bertindak begitu rakus sekali terhadap Melayu?
Kalau nak bertindak pun, tunggu sehingga sudah merampas Puterajaya daripada BN.
Sekarang kaum Melayu tidak akan mengundi Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Begitu juga kaum India tidak akan mengundi Pakatan Rakyat terutamanya DAP.
PRU13 dah hampir.
Sikit mahu ingatlah.
Di kawasan2 majoriti Cina bolehlah DAP menang. Yg lain goodbye.

oh malaysiaku said...

Mengikut takrif PAS (Nik Aziz), perkataan Melayu tak boleh pakai le! Kan ke kita ni semua dipanggil org Malaysia.

Hanya kaum Cina dan India saje yg terkecuali, sebab tu mereka ni ada sekolah Cina dan sekolah India. Kaum lain kan ke semua bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

Jadi yg dirobohkan tu tak boleh dipanggil gerai Melayu, sebenarnya gerai kaum pendatang di Pulau Pinang.
Menyemakkan mata DAP aje! Kaum lain mana tau berniaga, kan ke berniaga ni khusus utk kaum Cina aje. Sebab tu gerai haram kaum Cina tak boleh dirobohkan. Jadi ape yg nak bising2.

Tak caye cari dan bacalah risalah "My Balik Pulau" karangan Lim Guan Eng dan kuncu2nya, supaya mendapat jawapannya.

Mengapalah org Malaysia ni tak nak faham2 ... Perlu ke PAS dan PKR anjurkan seminar ke, ceramah ke utk beri kesedaran pada org Malaysia supaya menerima hakikat kalau ada org Melayu pun mereka adalah pendatang haram di Pulau Pinang.

oh Malaysiaku .....

Anonymous said...

apa lu leh bikin ma..ha ha ha

Anonymous said...

Media jahat tul ler..yg kedai2 haram,gerai2, kilang2 haram milik org2 cina tak pula ditunjukkan kena roboh

Anonymous said...

Kan ada perpatah orang putih yang DAP penang gunapakai didalam pembabitan orang Melayu di dalam perniagaan "Kill it before it grows by Eric Clapton, didalam lagu I shot the sheriff"....... dan mereka akan terus menggunakan kuasa mereka untuk menghancurkan perniagaan atau pun pemilik tanah selagi owner nya Melayu dengan menggunakan pelbagai saluran. Ini lah yang dinamakan Melayu merempat di buni sendiri, dan sebab itu lah jangan suka suka main try try tukar kuasa yang ada di tangan Melayu sendiri kelak padah nya sehingga anak cucu Melayu akan di perhambakan cara dengan kerja makan gaji dan terima arahan sahaja dari kaum terulung di penang.

Entah lah bila nak sedar bangsa ku ini? Hanya Allah swt sahaja yang tahu.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template