Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui tentang tahap kebersihan tandas-tandas di masjid di seluruh Kelantan yang sangat tidak memuaskan. Sekaligus memberikan gambaran buruk kepada Islam yang sangat mementingkan kebersihan.Sebenarnya kebersihan tandas masjid bukan sahaja di Kelantan, bahkan di seluruh Malaysia, sememangnya berada dalam keadaan yang sangat daif. Kecuali masjid-masjid besar dan penting, kebanyakan masjid-masjid lain, asalkan ada tandas, ia sudah boleh dianggap memadai. Dan pengakuan Nik Abdul Aziz itu sebenarnya, tidak merendahkan martabatnya selaku Menteri Besar sebaliknya mengesahkan bahawa orang Islam, pandai bercakap tentang Islam tetapi bab paling asas iaitu TAHARAH seringkali dilepas pandang. Cerita pasal sahsiah dan politik, hebat, tetapi jamban di masjid, penuh dengan taik yang tidak dipam dan hancing air kencing yang tidak dijirus.
Penyelenggaran tandas masijd sememangnya berada dalam hierarki paling bawah bagi pengurusan masjid. Orang kata, belen-belen duit lepas beli pencabut janggut, baru bagi kat tandas pulak.

Justeru apabila Nik Abdul Aziz memberi alasan yang sebenarnya turut diberikan oleh Menteri-Menteri Besar yang lain, bahawa dana tidak mencukupi untuk penyelenggaraan tandas masjid, satu perkara yang timbul dan boleh dipersoalkan ialah, ke mana hilang habis duit masjid? Setiap minggu masjid mengutip duit tunai daripada jemaah menerusi tabung khutbah Jumaat. Belum lagi derma-derma yang lain... belum juga peruntukan daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Takkan duit kutipan derma masjid habis kat kaum penceramah dan membeli alat-alat hiasan seperti lampu kelip-kelip? Tok Imam, Tok Bilal dan Siak sekarang sudah bergaji. Takkan AJK Masjid pun pakat nak pulun gaji jugak... tak dapat daripada kerajaan, dari tabung masjid pun jadilah... apatah lagi kalau dilihat di Selangor, banyak masjid yang sudah memanfaatkan sebahagian daripada kawasan lapangnya sebagai tempat berniaga, pastinya akan memberikan pendapatan sampingan kepada masjid.
Tidak bolehkah pendapatan sampingan tersebut digunakan untuk menyelenggara masjid termasuk jamban-jambannya?
Kadang-kadang bila orang cerita bab agama tinggi-tinggi nih, kita cuma perlu tanya soalan paling asas tentang fiqh Islam sahaja untuk mematikan hujahnya... tengok, dia amal ke tidak... atau dia sekadar pandai berteori tentang bab-bab yang tinggi tapi bab-bab rendah tidak dipedulikannya...
Maka bayangkanlah kalau bab Taharah pun tak lulus, bagaimana boleh lulus solatnya? Kalau dah tak lulus solatnya, bagaimana boleh bercerita bab-bab yang lain sebab Solat itu adalah tiang agama? Tiang agama bukan masuk parti politik dan terjerit-jerit hendakkan pemerintahan Islam atau mahukan syafaat ulama, tetapi solat.... apabila solat bermaksud hubungan langsung hamba dengan Khaliqnya...
Alahai.... bila ajak gotong royong bersihkan masjid, pakat-pakatlah jenguk tandas sama.... kalau dengan masjid pun nak berkira kederat, lupakanlah tentang nak dirikan Negara Islam di Malaysia... masih terlalu jauh sangat taraf jihadnya... kalau semua ahli kabinet itu adalah ulama sekalipun, kalau kederat untuk masjid dan jamban masijd masih tercongak-congak, takkan ada Negara Islam... kalau ada pun Negara Islam, jadilah macam Pakistan, jadilah macam Afghanistan... sibuk nak berhudud dan qisas tetapi kesudahannya, ia kelihatan lebih tidak adil berbanding hukum buatan manusia... Na'uzubillah...


3 comments:
beruk pas ni bila nak jalan nie..menyusah kan org jer...kalau jalan buat pesta nie..bala dah takda
suka sangat ngan post nih...memang kenyataan...rasanya negeri pahang ader buatkan grade untuk tandas di masjid di negeri tersebut...kira cam pemantauan kebersihan premis makanan ler...
Salah satu tanda kesyumulan agama Islam dalam diri ummat ialah betapa prihatinya mereka pada kebersehan..
Apa yg diciterkan diartikel di atas adalah sebagai tanda betapa lemahnya pegangan agama dalam diri ummat ni..
Ni lah akibatnya ulamak2 trlalu sibuk ngan politik..seolah2 politik tu adalah asas dalam agama, tanpa politik agama akan hancur.
Sedangkan nabi saw beritahu mahfumnya..semayang adalah tiang agama.
Dan asas dlm semayang pula ialah wudu'..yakni lebih kurang kabor ialah kebersehan diri.
Dan asas kebersihan pada diri ialah suci dari hadas kecil dan besar.
Bayangkanlah jika tandas2 dirumah dan dimasjid..kotor, bermakna seluruh rumah dan masjid leh kotor.so bagaimanakah nilai ibadat trsebut.
ramai para ulamak politik tu mengejek bila ada ustaz2 sibuk menekankan bab2 penyucian ni..ngan mengatakan seolah2 tu lah agama dan tak mahu sentuh pasal politik.
Jika kebersihan diri tak terjaga apakah politik yg bakal diamalkan tu bersih?
Post a Comment