Khalid Ibrahim kata, Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan Shuhaimi Shafie kerana ADUN Sri Muda itu adalah Exco Kerajaan Negeri. Lagipun, dia buat hasutan itu demi rakyat! (BACA SINI)Hebat!!!
Shuhaimi Shafie cerca, 'Beraja di mata, bersultan di hati'... dan semua orang tahu kepada siapa cercaan itu ditujukan berdasarkan kepada apa yang ditulis di dalam blognya, tapi itu semua untuk rakyat?
Patutlah beria-ia dan bersungguh-sungguh Khalid Ibrahim nak 'menggulingkan sultan' mengikut Undang-Undang Tubuh Selangor yang nak dipindanya supaya jadi 'Sultan kena terima nasihat Menteri Besar'!!!
Lagi mahu sembang pasal nak tegakkan institusi kesultanan? Temberang budak-budak berhingus, bolehlah... yang sah-sahnya nak merepublikkan Selangor... atau setidak-tidaknya jadi macam Pulau Pinang!!!


1 comments:
khalid patutleh didakwa..menyalah gunakan kuasa dan perbendaharaan negeri.
Dan seolah2 bagi signal "perderhakaan"
Post a Comment