Thursday, February 10, 2011

ANTARA REDHA ALLAH DAN REDHA DAP, PAS-UMNO PILIH YANG MANA SATU?

Barangkali tak cukup tarbiyyah DAP dengan PAS sehinggakan orang-orang besar DAP menentang keras usaha PAS menerusi Ketua Pemuda PAS dan Muslimat PAS untuk menjalankan operasi mencegah zina dan khalwat di kalangan muda-mudi Islam sempena 14 Februari yang diraikan sebagai Hari Berkasih Sayang, ditentang hebat oleh ketua Pakatan Rakyat itu.

Kalau Ketua Pemuda GERAKAN menentang usaha PAS, bolehlah dikatakan UMNO tak cukup tarbiyyah bukan Islam dalam parti-parti komponen BN tetapi apabila para pembesar DAP yang dianggap bersimpati dan 'faham' Islam turut menentang sama, sememangnya cakap-cakap besar yang cuba menipu diri sendiri PAS, makan diri.

Maka benarlah seperti yang Allah Taala firmankan di dalam al Quran yang antara lain bermaksud, golongan bukan Islam tidak akan redha kepada umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut mereka.

Bukti begitu jelas. DAP tidak pernah sekali-kali tunduk kepada tujuan murni PAS untuk membendung perangai tak senonoh generasi muda Islam. Sama juga parti-parti komponen BN apabila UMNO cuba melakukan pemutihan akhlak. Kononnya, perayaan tersebut perlu diterima dengan hati dan fikiran yang terbuka. Tidak boleh jumud dan tidak boleh dipandang negatif. (BACA DI SINI)

Secara ketara, para pemimpin bukan Islam sangat senang hati melihat semakin ramai generasi muda Melayu-Bumiputera Islam yang tercebur ke kancah masalah sosial kerana beranggapan itu adalah caranya untuk maju. Melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam, adalah salah satu daripada usaha untuk maju dan tidak dicop berfikiran jumud.

Justeru, seharusnya dalam keadaan ini, UMNO sudah pun menunjukkan sokongan kepada Pemuda PAS yang diketuai oleh Nasruddin Hasan Tantawi dalam kempen anti-zina, anti khalwat menerusi penguatkuasaan pihak berkuasa agama di beberapa buah negeri.

Sebenarnya, pemeriksaan secara rawak kerap diadakan. Hasilnya ramai yang tertangkap. Ramai yang dihukum, namun hukuman-hukuman berkenaan dilihat tidak dapat menginsafkan. Bahkan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para pemimpin bukan Islam, pemimpin-pemimpin Islam yang bercita-cita tinggi untuk menerapkan sepenuhnya undang-undang syariah, terpaksa telan air liur dan pejam mata. Apakan tidak, kalau para pemimpin bukan Islam itu 'merajuk', susah pula mereka hendak mendapat undi daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Maka bayangkanlah keinginan sebenar Lim Kit Siang dan DAP apabila mereka sendiri tidak bersetuju penguatkuasa agama menjalankan penguatkuasaan undang-undang ke atas orang Melayu dan Islam...

Sembang apa lagi tentang DAP semakin mendekati Islam? Sembang apa lagi GERAKAN inginkan undi orang Melayu...

7 comments:

Anonymous said...

rtm, tv, surat khabar kawalan umno tu... berlebih2 iklankan hari valentine ni subahat juga! ini yang ramai rejama melayu2 sesat jugak..

semua melayu & islam patut hindari dari mengunjungi majlis maksiat budaya kapiaq seperti ni... biar yang kapiaq saja dok tonggang langgan kerananya....

Anonymous said...

nik aziz tak mau nak komen ka? lagi pun NA setuju ngan Lee KY, bagi longgaq sikit ma..

Anonymous said...

Sapa imam PAS la ni?

Anonymous said...

20thn PAS tidak membawa apa2 keuntungan kepada Kelantan.. apakah rakyat kelantan buat mcm kat Mesir.. tentang diktator tua kutuk.. kan ka jihad tu menentang orng yang Bahtil lagi menyesatkan.

tabligh on February 10, 2011 7:33 PM said...

Pemimpin Islam berbalah umatnya jadi tidak bermaruah.

oh malaysiaku said...

bersatu dgn org Isle tak boleh sebab org Isle bukan dari parti PAS tak Isle langsung atau tak mau amalkan 'Isle sebenar ala PAS'.

bersekongkol dgn org kafir yg mempergunakan ayat Quran utk tujuan politik boleh, sebab mereka dah mula mau memahami Isle.

mengapa jadi begini? sebabnye mudah - PAS sendiri menggunakan Isle untuk tujuan politik.

Jadi konklusinya : PAS = DAP.

Sebab tu PAS tak bersuara langsung apa yg terjadi kat org Melayu di Pulau Pinang sebab PAS dan DAP menyanyi beramai-ramai dlm hati "KITA SERUPA"! Dan spesis ni lah yg Mahfuz katakan takut utk bersuara atau menentang nafsu serakah DAP walau pun terang2 telah dizalimi ...

Berputar2 saje bunyinye si Mahfuz ni bagi alasan ... atau dah memang jenis PUTAR ALAM? (rujuk tajuk "Dari Mulut Ke Mulut")

(( dan si Mahfuz ni pasti tak tau langsung le, ramai para2 sarjana/professor2 Yahudi di Amerika tu lebih tau lagi tentang isi kandungan Al-Quran, makna serta teknologinye sekali dari apa yg difahami oleh PAS dan Mursyidul Amnye. Jadi kalaulah Pakatan Pembangkang memerintah Malaysia (simpang malaikat 44 kata org tua2) pastilah PAS akan bersekongkol dgn bangsa Yahudi ini kerana mereka lebih berpengetahuan tentang Al-Quran, dan pasti le kata PAS, Yahudi ni lebih Islenye dari org UMNO/Melayu yg tak menyokong PAS. ))

PKR dah tentu akan bertuankan Yahudi Zionis terang-terangan; PAS jugak mungkin akan menyusul kemudian jika Pakatan memerintah Malaysia. Jadi 'equation'nye :

PAS = DAP = PKR

((Satu gabungan yang hebat))

oh malaysiaku .....

Anonymous said...

kadang2 tak faham....kenapa tiap kali orang cakap pasal agama ISLAM je....depa akan sebut PAS...PAS tu apa..? dah jadi lebih tinggi daripada ISLAM ker...??? giloss

tambah tak faham.....sedangkan akidah umat ISLAM...yang sewajarnya menjadi tonggak serta prinsip....'perjuangan' depa....tentang kalimah ALLAH S.W.T yang hanya milik agama ISLAM yang BENAR...depa boleh kuarkan pernyataan yang sesat lagi menyesatkan.... giloss

yang aku faham akhirnya...yang depa ni sume hampeh...! pertubuhan PAS itu sendiri telah pun memecahbelahkan perpaduan melayu ISLAM....yang nyata hanya untuk memanipulasi perkataan ISLAM itu sahaja...!

depa da biol makin biol!

wallahu'alam...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template