Daripada apa yang sedang berlaku, ternyata tindakan lemah-lembut kerajaan dengan membenarkan bekas banduan dan orang salah bergiat aktif di dalam bidang politik, begitu menyusahkan rakyat. Walaupun sesetengah rakyat suka dengan pemimpin-pemimpin yang pernah dipenjarakan serta didapati bersalah atas tuduhan jenayah, majoriti rakyat melihat fenomena ini sebagai kelemahan ketara kerajaan Malaysia.
Perhatikan sahaja Lim Guan Eng yang pernah didapati bersalah kerana menghasut, menerbitkan risalah palsu dan menfitnah. Walaupun dia ditahan daripada bergiat dalam politik dalam tempoh tertentu, tetapi tempoh berkenaan dilanggar dengan sesuka hatinya. Dia tidak dikenakan sebarang tindakan sekalipun melanggar peraturan tersebut.
Akhirnya dia menjadi Ketua Menteri Melaka!!!
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah kerana penyelewengan kuasa, rasuah penyalahgunaan kuasa serta jenayah meliwat. Apa yang berlaku selepas dia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan akibat kesilapan teknikal dan bukannya kerana dia tidak meliwat, dia terus bergiat aktif dalam politik dan melakukan pelbagai perkara onar untuk menghuru-harakan negara.
Seharusnya golongan bekas banduan ini TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI bergiat aktif dalam politik. Mereka hanya boleh menjadi ahli parti biasa, tetapi mereka tidak boleh dibenarkan memegang mikrofon mahupun bersuara. Sebabnya sangat jelas, untuk menutup perbuatan salah mereka, mereka akan mencipta pelbagai keadaan dan situasi terutama sekali dalam menghuru-harakan negara.
Anwar Ibrahim terbukti sanggup menggadaikan negara ini kepada kuasa luar untuk menutup aibnya meliwat jantan.... tiada sebarang tindakan dikenakan kepadanya.
Dan bayangkanlah kalau orang biasa, bukan orang politik, yang dikenakan tindakan sama. Pastinya pelbagai sekatan dikenakan.... dan bayangkan kalaulah Pengedar Dadah, Taukeh-Taukeh Pelacuran, Pembunuh Bersiri, Pemimpin Ajaran Sesat dibenarkan terlibat aktif dalam politik... agak-agak apa yang akan mereka lakukan?
Seharusnya setiap seorang daripada rakyat Malaysia mendesak kerajaan untuk menyekat bekas-bekas banduan ini daripada bergelar pemimpin. Mereka sudah kehilangan hak sebagai pemimpin apabila mereka didapati bersalah dan dihukum. Mereka mungkin boleh hidup sebagai orang biasa, tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk menampilkan diri sebagai pemimpin.
Sebabnya, golongan ini sangat cenderung untuk menjahanamkan negara kerana mereka MEMANG SEMULAJADI GEMAR MELAKUKAN JENAYAH!!!!
PROTON Not Selling LOTUS
-
Confirms Dany Bahar’s suspension - SUBANG JAYA, 28 May: Following a number
of media queries, PROTON Holdings Berhad (PROTON) today confirmed that,
followin...
5 minutes ago


4 comments:
setuju sangat. Banduan dilarang berpolitik.
kalau boleh tolong linkkan blog Apa Yang tersirat di blog sdr yang top ini.
salam...mrakunman...
blog Apa Yang Tersirat sudah lama dipautkan...
ketua menteri melaka ke pulau pinang?
sian ali rustam.. sob sob..
SETUJU !!!
Post a Comment