Sumber gambar dan rujukan: BLOG DR. NOVANDRISedap benar Lim Guan Eng memberi jawapan berkenaan risalah 'My Balik Pulau' yang dikatakannya diterbitkan oleh UMNO dengan pembiayaan Kerajaan Pusat hanya berdasarkan kepada logo Pejabat Pelancongan Pulau Pinang yang tertera pada bahagian belakang risalah tersebut. Manakala si penerbit dan kakitangan yang bertanggungjawab menerbitkan risalah itu tidak pula diperkatakan oleh Lim Guan Eng.
Penghinaan terhadap orang Melayu sememangnya sudah lama dilakukan. Kemuncak daripada penghinaan itu adalah Tragedi 13 Mei 1969 yang dalang utamanya adalah DAP sendiri. DAP tidak pernah berhenti daripada menghina Melayu sama ada secara luaran mahupun dalaman.
Kisah DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia itu sendiri sudah cukup menjadi bukti bagaimana bencinya DAP kepada orang Melayu. Mereka tidak pernah mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini. Hujah mereka ialah, orang Melayu adalah pendatang, sama juga seperti mereka. Bagaimanapun, mereka tidak pula menghujahkan bahawa kedatangan orang Melayu dari Alam Melayu bukannya beberapa tahun sebelum negara ini wujud.
Risalah 'My Balik Pulau' adalah lanjutan daripada penghinaan tersebut. Secara jelas, di dalamnya terkandung fakta-fakta palsu yang cuba menyanggah bahawa orang Melayu telah lama menghuni Pulau Pinang. Secara tidak masuk akal, mereka cuba menjadikan Pulau Pinang 'HANYA' ditemui pada 1800-an oleh pendatang-pendatang dari China yang dibawa masuk oleh Inggeris.... sesuatu yang sangat melucukan kerana Pulau Pinang sudah beratus-ratus tahun menjadi penempatan orang Melayu terutama dari Kedah, Pasai-Samudera, mahupun Acheh!Lim Guan Eng boleh terus menipu dan berlakon. Namun bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan dia sememangnya mempunyai hajat besar untuk MENGHAPUSKAN SELURUH KETURUNAN MELAYU dari Pulau Pinang. Pulau Pinang hendak dijadikannya sebagai pangkalan utama pengkaderan sosialis Cina. Kebenciannya terhadap Melayu terakam dalam tindakan-tindakannya menghapuskan perkampungan Melayu dan pengusiran Melayu secara terhormat dari Pulau Pinang atas alasan pembangunan.
Bagi anda yang pernah hidup pada tahun-tahun 70-an, pasti anda mengingati semula bagaimana pengiklanan cukup memainkan peranan menghina Melayu sehinggalah kabinet Dr. Mahathir mengubah polisi pengiklanan.
Tentu anda masih ingat, dalam iklan serbuk pencuci, orang Melayu digambarkan membasuh pakaian dengan tangan manakala orang Cina pula menggunakan mesin basuh. Begitu juga dengan iklan kad kredit. Tidak ada nama Melayu, muka Melayu atau sebarang unsur Melayu sebaliknya yang ada hanyalah nama, muka dan unsur Cina. Iklan-iklan kereta juga tidak melibatkan orang Melayu sebaliknya seratus peratus orang Cina, seolah-olah menanamkan doktrin bahawa orang Melayu tidak berkemampuan membeli apa juga barangan.
Perhatikan kartun di atas. Itu adalah gambaran yang sentiasa tertanam dalam kepala orang Cina DAP. Bagi mereka, orang Melayu tidak boleh diberikan pinjaman atau galakan perniagaan kerana orang Melayu lebih gemar membuang duit untuk perkara-perkara tidak berfaedah seperti majlis perkahwinan. Penggalakan perniagaan seharusnya diberikan kepada orang Cina kerana orang Cina yang akan menggerakkan ekonomi domestik!
Anehnya, sekarang ini golongan mereka yang sangat berlumba-lumba untuk mendapatkan cop HALAL JAKIM dalam semua perkara. Logo HALAL JAKIM akan meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.... golongan yang mementingkan halal itu bukankah orang Melayu?
Dan perhatikan pula siapa yang lebih banyak menjadi pelanggan segala macam KopiTiam kalau bukan orang Melayu? Begitu juga dengan restoran makanan segera yang lain....
Namun, golongan seperti Lim Guan Eng tetap memandang rendah terhadap orang Melayu. Maka tidak hairanlah bagaimana dia melayan PAS di Pulau Pinang seperti tuan melayan seekor anjingnya yang kelaparan. Apabila anjing itu menyalak, dia akan menepuk-nepuk kepala anjingnya dan anjingnya itu akan kelam-kabut menggoyangkan ekor sambil menjilat tangannya dengan harapan akan terus diberi seketul tulang yang masih ada sisa-sisa dagingnya...


1 comments:
Salam,
Mohon Pautkan blog EP pada blog tuan
Terima Kasih
http://www.empayar-pemuda.blogspot.com
Post a Comment