Propagandis PAS terus melakukan serangan yang tidak berasas kepada pasukan negara yang cuba menyelamatkan rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir. Mereka cuba mewujudkan perasaan kacau bilau di kalangan ibu bapa dan kaum keluarga rakyat Malaysia yang sedang dikeluarkan dan ditransitkan ke Jeddah.Sekalipun jaminan demi jaminan diberikan oleh Kerajaan Malaysia bahawa tiada sesiapa pun yang perlu membayar balik segala perbelanjaan dari Jeddah ke Kuala Lumpur, propagandis PAS tetap berusaha untuk menimbulkan keraguan di hati kaum keluarga pelajar serta rakyat Malaysia di Mesir.
Tohmahan dibuat dalam pelbagai bentuk. Segala jaminan yang diberikan oleh kerajaan dipandang sepi. Sekalipun tidak menafikan, tetapi usaha mereka untuk membanyakkan berita palsu rekaan mereka sendiri sudah cukup jelas untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sedang takut dengan bayang-bayang sendiri.
Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sekali lagi terpaksa mengulangi kata-kata bahawa segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Namun puak-puak yang sudah tertutup hati dan hidayah daripada Allah Taala itu tetap berkeras untuk enggan percaya, sebaliknya lebih percaya dengan bisikan syaitan di telinga masing-masing.
Sewajarnya Kerajaan Malaysia mengikut sahaja kehendak puak-puak ini. Kalau puak-puak ini kata, para pelajar dan warga Malaysia itu kena bayar tambang, kenakan tambang kepada mereka. Kalau puak-puak ini bising pula sebab kepercayaan mereka direalisasikan, tarik mereka dan letakkan dalam pasukan menyelamat di samping memberikan peranan penting dalam logistik mahupun penggunaan aset untuk membawa pulang pelajar serta warga Malaysia.
Gunakan sahaja RM120,000 pemberian Kerajaan Negeri Kelantan dan jumlah yang hampir sama daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelamatkan para pelajar mereka. Mereka mempersoalkan tentang perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia yang berpunca daripada cukai rakyat, dan jumlah yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan serta Selangor itu barangkali datang dari Syurga Firdaus.
Ini masanya seluruh rakyat Malaysia teringin nak melihat keberkesanan golongan yang banyak komplen dan sering merasakan mereka adalah yang terbaik dan terhebat. Biarkan mereka yang bekerja...
Barangkali mereka masih tidak berpuas hati kerana Najib Abdul Razak tidak MENYEMBAH-NYEMBAH NIK AZIZ sambil menyatakan, 'Tok Mahadewa, kami ada duit, kami bagi bantuan sepenuhnya... kami biayai sepenuhnya perbelanjaan pelajar-pelajar dan warga Malaysia keluar dari Mesir."
Mungkin kerana itulah puak-puak PONDAN TARAK TELUR ini terus melalak-lalak dan membuat fitnah kononnya golongan pelajar dan warga Malaysia yang dipindahkan ke Malaysia perlu membayar tambang sendiri....
Kenapalah mereka ini Allah Taala jadikan sebagai manusia... kalau mereka dijadikan sebagai lembu, boleh juga mengurangkan harga daging di pasaran!!!!


1 comments:
Semasa saya bersekolah menengah dulu, guru kelas saya seorang yang kuat disiplin dan selalu memberi ingatan:
1. SIAPA YANG BANYAK BERCAKAP, TAK PANDAI BUAT KERJA (masa tu kerja sekolah lah), dan
2. SIAPA YANG SUKA BUAT BISING, TAK PANDAI GUNA AKAL (mengganggu pelajar lain).
Jadi kalau ambil kesimpulannya; kalau dah janggut beruban, jubah menyapu habuk jalan, meracau tak tak tentu pasal dan tak mendatangkan faedah pun pada sesiapa (apatah lagi tidak mendatangkan faedah pada rakyat yang anak mereka ada kat Mesir) lebih baiklah perbanyakkan muhasabah/intro-speksi diri sendiri! daripada melolong mendapatkan publisiti murahan...
Sepatutnya PAS tak payah bising2 pun, kalau diorang rasa kerajaan tak pro-aktif/lambat/lembap menyelamatkan pelajar/rakyat Malaysia dari Mesir, (termasuk anak-anak mereka sendiri); hantar saja anak-anak mereka tu terus ke syurga ciptaan PAS, kan senang cerita...
Kan ke Mursyidul Amnya tau siapa yang boleh masuk syurga atau tidak?
Post a Comment