Tengkorak manusia hanya boleh dipecahkan dengan bebanan seberat 500 paun. Namun emosi dan tekanan perasaan yang membabitkan otak manusia jauh lebih berat daripada bebanan 500 paun sehingga ia bukan sahaja boleh memecahkan keinginan, bahkan merendahkan maruah seseorang sehingga jauh lebih rendah daripada taraf seekor haiwan yang berotak.Kisah seorang datuk yang berusia 89 tahun merogol cucunya sendiri yang berusia 10 tahun di sebuah kandang lembu di Kelantan, benar-benar menarik perhatian. Menarik perhatian bukan kerana perangai 'old pervert' yang tidak sedar diri itu, tetapi kerana ada kopiah putih yang bertenggek di atas kepalanya.
Bagi kebanyakan orang Melayu, kopiah putih yang bertenggek di atas kepala membawa maksud seseorang itu sudah mula meninggalkan kelaziman-kelaziman buruknya, bahkan semakin mendekatkan diri kepada Allah Taala terutama dengan usia yang kedua-dua belah sudah pun berada di liang lahad, kecuali badan yang masih terlantar di luar.
CERITA OLD PERVERT INI BOLEH DIBACA DI SINI
Seringkali para pembesar negeri dan negara mendabik dada tentang kejayaan mereka mengawal penduduk dan rakyat di wilayah kekuasaan mereka. Malah apabila berlaku perkara mengaibkan, cenderung benar para penyokong kedua-dua belah pihak yang saling bertentangan untuk menyalahkan kerajaan yang mereka tidak suka. Alasan mereka, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dilakukan oleh rakyat yang mereka kuasai.Hakikatnya, di dalam Islam, tiada orang lain yang akan menanggung dosa orang lain. Setiap orang menanggung dosa sendiri-sendiri. Dan kalaupun seorang suami 'kelihatan' seperti menanggung dosa isteri dan anak perempuannya, ia bukanlah kerana tanggungan sebaliknya kerana tanggungjawab pada si lelaki itu sendiri yang tidak ditunaikan. Dan yang pastinya, setiap orang tidak payahlah memerah otak memikirkan tentang dosa orang lain, sebaliknya lebih memerhatikan diri sendiri sama ada telah benar-benar berada di jalan yang diperintahkan Allah Taala atau sekadar aksyen dan heboh kepada orang lain yang kita lebih Islam kerana ada dalam parti PAS.
Orang tua berusia 89 tahun itu, barangkali sebelum ini seorang yang cuba mengawal nafsunya yang keterlaluan. Dia telah hidup selama 89 tahun. Dia telah lama menempuhi pelbagai perkara yang mencabar iman dan syahwatnya. Mungkin pada hari berkenaan, dia telah tergelincir dan terpedaya dengan bisikan syaitan di telinganya, sehingga dia tidak kenal lagi darah daging dan syahwat sendiri.
Pembesar PAS Kelantan seringkali menyuruh orang lain menjadikan Kelantan sebagai contoh. Kononnya Kelantan adalah Serambi Makkah dan segala kehidupan berjalan mengikut lunas-lunas Islam. Kalau ada pun perkara-perkara maksiat, ia hanyalah kes-kes terpencil.
Hakikatnya, kehidupan di Kelantan sama sahaja seperti di Pulau Pinang, Selangor mahupun di negeri-negeri lain. Keruntuhan moral begitu menjadi-jadi sekalipun Menteri Besarnya semakin hari, semakin teguh pula tongkatnya. Segala slogan tentang Negeri Berkebajikan, sekadar satu momokan untuk mendapatkan undi dan melebihkan diri berbanding orang lain. Walhal, tarbiyyah yang kononnya dilakukan kepada umat Kelantan, sekadar satu kempen untuk memancing undi, bukannya ikhlas kepada Allah Taala dan rasul-Nya.
Meskipun perbuatan buruk lelaki berusia 89 tahun itu tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Nik Abdul Aziz dan pentadbiran negeri, seharusnya pentadbiran negeri yang diketuai oleh Mursyidul Am yang sibuk mengkafir, mengkufur dan menjahiliyyahkan orang lain di luar kawasan negerinya, berasa malu. Kalaupun tidak malu kepada Allah Taala dan rasul-Nya, malulah kepada diri sendiri.
Cakap tidak serupa bikin! Lunas-lunas agama diterjah dan diterajang sesuka hati dengan menjadikannya sebagai slogan semata-mata.
Makkah tidak akan menjadi seperti Makkah sekarang, seandainya Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a semata-mata berslogan di Madinah atau mengkafirkan, menjahiliyyahkan, mengkufurkan dan memplastikkan Quraisy Makkah seperti yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para pembesar negeri yang lebih sayangkan balak berbanding umat.
Mungkin kalau lelaki berusia 89 tahun itu berada di Pahang dan kejadian memalukan itu pula berlaku di Pekan, maka propagandis PAS pun berkokok sakanlah... malangnya ia berlaku di Kelantan dan Kelantan pula ditadbir oleh PAS selama 20 tahun dengan topeng-topeng ulama serta kemakmuran palsu yang sifatnya lebih munafik daripada munafik!!!!


8 comments:
fuuuhhhh...cukup tajam menikam...sape2 yg terasa, berdesing telinga dan tercabar maruah beb..
ada org kabor..anwar tu dah berumur dan ada sakit tulang belakang, so mana mampu nak menusuk..
malangnya nafsu tak kenal cop bulan atau cop keris..dan tak peduli pun syurga mau pun neraka.
Mudah2an Allah swt pelihara kita semua dari dosa yg pelik2 bila datang waktu tua kita..
Mudah2an org tua yg trtuduh, satu kurnia baginya kerana diberi kesempatan dan peluang dariNya utk brtaubat..jika dia bersalah le.
Dia kan pengundi PAS, kalau ikutkan kepercayaan PAS, dia dah gerenti masuk syurga,Jadi yang juak-juak UMENO ni bising sangat apahal?
sekurang2nya jika tidak makmur dari segi ekonomi tapi makmur dari segi amal dan akhlak sesuai ngan ajaran Islam..menjadi contoh kepada semua2 negeri diMalaysia. Kesan dari pentadbiran para ulamak..
Firman Allah SWA: "selamatkanlah diri kamu & kaum keluarga kamu dr api neraka"
malangnya ramai yg tidak pakai sgt firman ni...byk yg nk tarbiyah mykt drp tarbiyah diri sendiri & keluarga....kesudahannya org lain betul & insaf...anak beranak kita yg sesat....Wassalam.
Pakai kopiah di atas kepala waima serban sekali pun tidak menjanjikan syurga kerna Allah swt melihat apa yang kita kerjakan dan niat kita didalam hati, dan sesungguhnya hidup ku matiku kerana Allah swt dan bukan kerana parti cap bulan yang seakan akan mata ad dajjal.
Ikutilah sunnah Rasullullah saw dan berpegang teguh kepada Al Quraan itu kunci ke syurga Allah swt dan bukan berslogan dan berpolitik semata mata.
Wallahu'alam.
“tarbiyyah yang kononnya dilakukan kepada umat Kelantan, sekadar satu kempen untuk memancing undi, bukannya ikhlas kepada Allah Taala dan rasul-Nya”tinggi sungguh ilmu kasyaf bro sehingga tahu kerja hati .Bekas anak murid Nor Deris ke?.Kalau boleh tolong ajar kat teman!
Post a Comment