Sunday, February 6, 2011

GUAN ENG TENTU ADA JAWAPANNYA... YANG LAWAK!!!!

Tiada yang lebih menarik selain daripada menantikan jawapan balas daripada Lim Guan Eng apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta agar Lim Guan Eng berlaku adil di Pulau Pinang iaitu memberikan peluang secara saksama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Selama ini, Guan Eng seringkali menggambarkan yang kerajaan negeri pimpinannya telah memberikan peluang sama banyak kepada semua orang. Kalau ada rumah Melayu yang dirobohkan, itu bermakna rumah dan perkampungan Melayu yang sudah beratus tahun itu, terletak di atas tanah pemaju atau dengan kata lain, setinggan. Kalau ada gerai Melayu yang dirobohkan, itu tandanya gerai Melayu tersebut dipacak secara haram.

Tapi kalau perkampungan setinggan Cina, ia wajar dibiarkan dan dijadikan sebagai tapak warisan memandangkan keperluan mewujudkan persepsi bahawa Cina adalah pembuka Pulau Pinang. Manakala gerai-gerai Cina pula, wajar dibiarkan dengan menutup jalan bagi memudahkan mereka berniaga.

Itu adalah keadilan yang didefinisikan oleh Lim Guan Eng.

Untuk lebih adil lagi, nilai hartanah sengaja dinaikkan, bukan kerana mengikut harga pasaran, tetapi sebaliknya untuk memastikan orang Melayu tidak tinggal di pulau. Untuk membeli sebuah rumah flat berharga ratusan ribu, orang Melayu tidak mampu. Jadi, dengan menggunakan alasan bahawa pembelian rumah flat tersebut adalah terbuka, itu adalah maksud adil bagi Lim Guan Eng.

Macam projek pelaburan juga. Adil bagi Lim Guan Eng ialah, semua projek dimasukkan ke Pulau Pinang kerana katanya, Pulau Pinang ada segala-galanya, sedangkan dia sendiri tidak bekerja keras pun untuk menarik pelaburan. Adil bagi Lim Guan Eng adalah memberi dan menyuap segala-galanya kerana dia adalah Lim Guan Eng dan Kerajaan Pusat wajar mengada-ngadakan Pulau Pinang kerana di Pulau Pinang ketua menterinya adalah Lim Guan Eng.

Kerja menarik pelaburan bukanlah kerja Lim Guan Eng dan DAP. Kerja Lim Guan Eng dan DAP adalah berpolitik, halau orang Melayu, hapuskan perkampungan orang Melayu, bagi fakta salah tentang sejarah Pulau Pinang, saman Utusan Malaysia, saman mana-mana wakil rakyat atau pemimpin UMNO yang berani mendedahkan kejahatan dan keiblisan Lim Guan Eng.... itu kerja Lim Guan Eng.... kerja-kerja yang lain, bukan kerjanya.

Jadi, apabila Muhyiddin meminta Lim Guan Eng berlaku adil, pastinya sebahagian daripada kita sudah tahu apa sebenarnya yang akan dicakapkan oleh Lim Guan Eng dan ke arah mana tudingan jarinya menghala.....

Bijak Melayu-Melayu Pulau Pinang yang memilih dan menyayangi Lim Guan Eng!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template