Ternyata, sekalipun Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa Pakatan Rakyat 'menugaskan' PAS di Merlimau, ketaatan kepada Anwar Ibrahim dalam bab ini, ternyata tidak diberikan oleh beberapa pihak yang mewakili Pakatan Rakyat Melaka. Mereka tetap bertegas bahawa Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah calon yang paling layak untuk bertanding di kawasan tersebut, bukannya wakil dari PAS.
Kata mereka lagi, PAS telah berkali-kali kalah dan Merlimau yang merupakan kubu kuat UMNO, amat mustahil untuk ditawan oleh PAS. Apatah lagi PAS Merlimau sebenarnya sangat ketandusan wakil dan calon. Kalau ada pun calon, sekadar calon yang boleh mengangkang, tetapi tidak boleh berjalan tegak.
Justeru, 'tokoh' yang paling mencabar UMNO di kawasan tersebut bagi mereka adalah Shamsul Iskandar Mohd Akin yang terkenal di peringkat pusat dan dilihat 'sangat bekerja keras' untuk keadilan dan perubahan demokrasi negara.
Tidak ada mana-mana calon atau wakil dari PAS Merlimau yang dapat menandingi Shamsul Iskandar Mohd Akin....
Itu kata-kata para penyokong Shamsul Iskandar Mohd Akin di Merlimau yang masih kesal kerana Anwar Ibrahim terpaksa tunduk kepada PAS, walhal bagi mereka, PKR jauh lebih kuat dan bersedia untuk bertarung dengan UMNO di kawasan berkenaan.
Sikap sombong PKR begitu terserlah. Di sebalik kemelut dan ahli yang keluar beramai-ramai daripada parti yang menyokong penjuboran dan industri berjubor itu, para pemimpin sama ada pusat mahupun tempatan tetap mengatakan mereka jauh lebih hebat daripada PAS.
Justeru, apabila PAS tetap meletakkan calonnya untuk mewakili Pakatan Rakyat di Merlimau, ramai yang menjangkakan, PAS akan kalah. Bukan kalah kerana UMNO tetapi kalah kerana ditikam dari belakang oleh orang-orang Anwar Ibrahim sendiri. Meskipun pada masa yang sama, Anwar Ibrahim akan turut berkempen, hakikatnya kempen Anwar Ibrahim adalah kempen untuk dirinya sendiri, bukan kempen untuk PAS seperti mana yang dilakukannya di Tenang.
PAS perlu lebih berhati-hati. UMNO sedang berkokok kerana menganggap kemenangan sudah berpihak kepada mereka. AMK Melaka pula tetap dengan pendirian bahawa calon mereka, Abang 'Pen' kemetot adalah calon yang paling layak dan boleh menang. Manakala DAP... seperti biasa menjadi tok dalang dan tok selampit.
Kebimbangan terhadap UMNO tidak perlu digusarkan oleh PAS. Sebabnya, segusar mana pun, UMNO tetap musuh PAS. PAS sepatutnya lebih gusar dengan permainan pelik PKR dengan bantuan DAP yang sentiasa berharap, PAS akan terus berada di bawah telapak kaki mereka.
Merlimau akan menjadi saksi bagaimana PAS dibodoh-bodohkan oleh DAP dan PKR nanti... terutama apabila ada calon bebas yang ditaja, turut bertanding di situ....
PROTON Not Selling LOTUS
-
Confirms Dany Bahar’s suspension - SUBANG JAYA, 28 May: Following a number
of media queries, PROTON Holdings Berhad (PROTON) today confirmed that,
followin...
6 minutes ago


0 comments:
Post a Comment