Tuesday, February 8, 2011

HERET ADUN SRI MUDA KE MAHKAMAH DIKATAKAN CUBAAN NAK RAMPAS SELANGOR DARI PAKATAN HARAM!!!!

Atas dasar takut kehilangan negeri seperti yang berlaku di Perak, maka kerajaan Pakatan DAP-PKR Selangor telah membiayai perbicaraan Shuhaimi Shafie yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri. Tanpa segan silu dan tanpa takut-takut, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbicaraan Shuhaimi akan dibiayai oleh duit rakyat Selangor sekalipun 86 laporan polis yang dibuat terhadap Shuhaimi Shafie juga datangnya daripada rakyat Selangor.

Seolah-olah Khalid Ibrahim yang menjadi boneka kepada DAP ingin menghukum seluruh rakyat Selangor kerana telah membuat laporan polis, sekaligus mengheret Shuhaimi Shafie ke mahkamah!!!

Bagi Pakatan DAP-PKR Selangor, Shuhaimi Shafie tidak melakukan sebarang kesalahan. Bahkan menurut mereka, Akta Hasutan perlu dihapuskan kerana ia adalah warisan penjajah dalam usaha untuk menjadikan Shuhaimi Shafie sebagai tidak bersalah.

Ternyata Kerajaan Pakatan DAP-PKR Selangor sebenarnya tidak berhajat untuk berpegang dan mematuhi undang-undang serta peraturan sedia ada. Bagi mereka, mereka adalah kuasa dan mereka boleh melakukan apa-apa sahaja di bumi Selangor. Mereka mahu kuasa yang lebih besar menerusi pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Mereka mahu menjadi raja dan sultan Selangor dengan menjadikan jawatan Menteri Besar sebagai segala-galanya.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia, kerajaan UMNO mengeluarkan biaya negeri atau negara untuk mempertahankan menteri atau exco mereka di mahkamah yang mempunyai masalah peribadi. Datuk Mokhtar Hashim, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1982 telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung yang kemudiannya menjadi penjara seumur hidup, tidak menerima pembiayaan Kabinet Mahathir. Begitu juga dengan Osu Sukam dan Kasitah Gadam yang menghadapi tuduhan rasuah, juga tidak dibiayai oleh kerajaan.

Berbeza benar Kerajaan Pakatan DAP-PKR dalam mendefinisikan keadilan dan undang-undang. Mungkin kalau sekiranya mereka dibenarkan menjadi pemerintah Malaysia, mereka akan menjadi kukubesi yang segala-galanya hanya berpusat di sekeliling mereka.

Alasan mereka mudah... apa yang berlaku kepada Shuhaimi Shafie adalah cubaan untuk rampasan kuasa seperti di Perak!

Alasan yang sangat dangkal, bodoh dan bahlol!!!!

1 comments:

Anonymous said...

Eloklah duit rakyat selangor diguna pakai, sebab mereka sayangkan PKR dan mengundinya ramai-ramai...yang keluh hanyalah puak BN...janganlah marah....selangor kaya beb...tak macam zaman BN..kita banyak pasir ma..mau ka

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template