Dari sehari ke sehari, semakin ramai yang sewenang-wenangnya cuba menimbulkan kekacauan dan kerosakan dalam masyarakat Malaysia. Dengan berselindung di belakang beberapa isu yang mereka tampilkan sebagai penting, masyarakat Malaysia cuba diporak-perandakan dengan pelbagai cara.
Satu cara yang terkini adalah dengan menggunakan isu Mesir agar kekacauan dan huru-hara timbul di Malaysia, sekaligus memudahkan mereka memegang kuasa.
Seharusnya kerajaan bertindak sepantas mungkin untuk menghalang para pemberontak dan suku-sakat khawarij ini daripada berleluasa dan menyebarkan pengaruh. Bahkan fiqh Islam turut menyarankan agar kaedah menghapuskan kemudaratan yang kecil memberikan kebaikan kepada yang lebih ramai, wajar digunapakai.
Mungkin Malaysia sudah seharusnya mengamalkan hukuman mati secara terbuka bagi memberi teladan kepada segelintir rakyat Malaysia yang cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru-hara. Apa yang berlaku sekarang merupakan barah yang akan membesar dan seterusnya akan menjadi penyakit yang sukar diubati lagi pada masa hadapan.
Kaedah memberikan penjelasan dengan penuh kasih sayang seperti yang diamalkan sekarang, sudah ketinggalan zaman!


0 comments:
Post a Comment