Ibrahim Ali menyarankan agar kerajaan segera bertindak pantas terhadap golongan yang cuba menghasut rakyat untuk menghina institusi raja-raja Melayu. Tindakan tersebut bukan kepada Shuhaimi Shafie sahaja, sebaliknya kepada ramai lagi yang turut melakukan perbuatan serupa, bahkan lebih teruk dari Shuhaimi Shafie.Wahai Tok Him...
Tak usahlah berkokok sampai serak suara. Saranan Tok Him itu tidak sampai pun ke telinga kerajaan dan menteri yang berkaitan. Apatah lagi kalau yang menghina itu bukan Melayu dan ahli politik pula. Sebabnya Hishamuddin seringkali tertinggal telurnya yang dibalut kain kuning dan diperasap kemenyan setiap malam Jumaat, sekaligus membuatkan dia tidak berani bertindak atau memulakan sebarang tindakan.
Kes Shuhaimi Shafie, kalau bukan kerana desakan keterlaluan daripada pelbagai pihak, Hishamuddin tetap sengih, senyum dan kemudian gosok-gosok batang hidung besarnya seolah-olah ingin memberitahu dia ada 'senjata' yang sangat besar berbanding orang lain.
Dan percayalah, Shuhaimi Shafie akan dijadikan 'kambing hitam' untuk menutup kes-kes lain yang gagal diambil tindakan oleh Hishamuddin KDN. Selepas Shuhaimi Shafie, tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan dibuat kerana 'kami dah dakwa orang yang menghasut'.
Jadi, kepada Tok Him, tak payahlah berkokok atau menyalak... berhentilah... terimalah hakikat bahawa di negara ini, apa-apa sahaja boleh dilakukan, seperti juga kedatangan dan kebanjiran warga asing... kalau warga tempatan, ada undang-undang yang mengatakan, tidak boleh berkumpul melebihi 5 orang... kalau warga asing pulak, berkumpullah jutaan orang pun, tidak akan ada sebarang tindakan yang diambil....
Jangan tanya kementerian atau menteri apa yang bertanggungjawab dalam hal ini kerana menteri berkenaan terlalu kagum dengan telurnya yang dibalut kain kuning, disimpan di dalam almari hias di ruang tamu dan diperasap kemenyan setiap malam Jumaat!!!!


1 comments:
hehehe...betul kata ko bro
Post a Comment