Sebagai Ketua Penerangan, tugasnya adalah memberikan pencerahan, bukannya buat lawak bangang. Namun itulah yang dilakukan oleh Idris Ahmad terutama dalam hal debat Nik Abdul Aziz yang cuba disensasikan agar dapat dijadikan promosi percuma kepada PAS dan Nik Abdul Aziz yang semakin uzur dan semakin celaru.Menurut Idris Ahmad, tindakan Nik Abdul Aziz adalah ulangan berkali-kali dalam usaha menyelesaikan kemelut antara UMNO dan PAS. Katanya lagi, UMNO sering menuduh PAS membawa ajaran sesat, anti perpaduan, menafsirkan Islam dengan cara yang salah dan sebagainya. (MALAYSIAKINI)
Yang paling menarik dan paling melawakkan ialah apabila Idris Ahmad kesal kerana media-media utama negara ini tidak memberikan ruang kepada PAS untuk 'menjawab' balik segala 'tuduhan' UMNO.
Satu perkara bangang yang perlu diketahui ialah, media-media utama di negara ini, syer utamanya adalah UMNO. Bukan syer kosong tetapi pemilikan. Oleh kerana itulah, setiap berita yang disiarkan adalah untuk UMNO.
Berapa baris ayat di dalam Harakah dan Harakah Daily yang diberikan kepada UMNO untuk menjawab segala prasangka PAS? Berapa kolum dalam Harakah yang dimiliki sepenuhnya oleh PAS diperuntukkan kepada UMNO dan pemimpinnya untuk memperkenalkan polisi serta dasar mereka?
Kalau sendiri pun tak boleh bikin, mengapa pula menyibuk nak menebeng kat orang lain? PAS memang muka jenis tak tahu malu ke? Mengharapkan orang lain membukakan pintu rumah sendiri untuk mereka, walhal rumah mereka terkatup rapat?
Perkara kedua, siapa sebenarnya yang memulakan agama sebagai alasan untuk berpolitik dengan dalil, politik adalah agama dan tidak boleh berpisah tanggal? Kalau sabda Nabi s.a.w yang memperincikan golongan neraka yang antara lain termasuklah mereka yang membawa cerita dunia ke dalam masjid, tafsiran PAS betul sangatkah dalam hal ini? PAS atau UMNO yang memulakan gerakan mengkafirkan sesama sendiri dalam usaha untuk mendapatkan undi serta pengaruh?
Bagaimana pula dengan Nik Abdul Aziz yang kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau songsang dan serba merimaskan akidah?
Corak berpolitik berputar belit dan kemudian menyalahkan orang lain bagi menutup kesalahan sendiri, seharusnya sudah lama dihapuskan dari dalam PAS. PAS sewajarnya berdiri tegak menegakkan haq dan menghapuskan kebatilan seperti tujuan asal penubuhan parti tersebut. Apa yang berlaku sekarang adalah, asal diri sendiri semuanya boleh dan sesiapa sahaja yang kata salah, semuanya haram... kalau kena kat orang lain, semuanya haram dan sesiapa yang dedahkan adalah jihad.
Tak payah kumpul ulama... cukup dengan menjawab segala persoalan sebelum ini pun, belang Nik Abdul Aziz akan terserlah. Tak payahlah nak berlagak dengan mengumpulkan semua ulama UMNO sebab Nik Abdul Aziz sendiri pun sangat takut dengan Mohd Noor Deris sehingga terpaksa memberikan alasan yang menggelikan hati iaitu TIDAK SETARAF, TIDAK BERJAWATAN dan TIDAK BERPENGARUH DALAM MENGUBAH DASAR....
Susah-susah sangat, berdebat sahajalah dengan diri sendiri, sama ada hujah-hujah sebelum ini diterimapakai di dalam Islam atau sebaliknya... tapi susah jugak kalau diri sendiri pun seringkali dibohongi....


1 comments:
Cadang debat antara Haron Din vs Nik Aziz..
Post a Comment