Saturday, February 5, 2011

ISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!

Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.

Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.

Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.

Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.

Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.

BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS

Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.

Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.

Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.

PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan.

1 comments:

Anonymous said...

Untuk Pemimpin Tok Janggut (Kambing Berjanggut) yang tak faham2 (atau buat2 tak faham) kerana langsung tak tau nak buat analisis politik dan juga kerana mereka telah dijanjikan syurga oleh Mursyidul Amnya...

Apabila Putrajaya sudah berjaya ditawan oleh Pakatan Syaitan (PKR/PAS/DAP) maka ramailah penasihat2 zionis akan diambil oleh DAP dan PKR datang Malaysia untuk memastikan Malaysia akan terus menjadi 'Iraq' dirantau Asia.

Dan Pak2 Janggut ini akan mengatakan pula iniah hukuman Allah kerana UMNO/BN tidak pernah mau berpegang kepada ajaran Al-Quran dan pemimpinnya tak pernah Islam dalam hidup mereka sesaat pun...

Dan pemimpin2 PAS waktu itu akan hanya duduk mengurut dan mengira berapa banyak janggut yang ada kerana ia akan menentukan berapa banyak bidadari yang akan mengerumun mereka disyurga ciptaan Mursyidul Amnya... itulah mentaliti pemimpin dan orang2 yang kononnya memperjuangkan Islam sehingga mencipta syurga khayalan mereka sendiri. Apalah nak jadi dengan segelintir bangsa Melayu(?) ni yang "pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar/ditegur".

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template