Secara tiba-tiba Hari Valentine yang disambut oleh golongan penafsu-penafsu dengan alasan kasih sayang, menjadi penting dan diperkatakan di Malaysia. Salah seorang pendakwah selebriti yang cukup terkenal dengan TEKNIK CAKAR HARIMAUnya turut terkena tempias apabila tersalah sebut dan mengaitkannya dengan Kristian. JAKIM menguatkuasakan undang-undang dan memperketatkan pemeriksaan serta operasi. Pemuda PAS Pusat sebelum itu telah lebih awal mencetuskan kontroversi apabila pandangan Ketua Pemudanya ditentang keras oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, bahkan di kalangan pemimpin PAS sendiri pun, segera menyatakan bahawa kata-katanya itu hanyalah bersifat peribadi bukan pandangan keseluruhan PAS.
Lebih melawakkan apabila Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen turut melahirkan kebimbangan dengan operasi yang bakal dilakukan kerana bimbang dengan penurunan kadar pelancong asing ke Malaysia akibat sekatan terhadap sambutan Hari Valentine.
Penjelasan demi penjelasan telah dibuat. Sekatan dan operasi hanya melibatkan orang Melayu, bukan orang Islam, bukan orang asing beragama Islam dan jauh sekali golongan bukan Islam. Operasi Hari Valentine hanya melibatkan golongan muda-mudi Melayu yang akan menggunakan kesempatan pada hari tersebut untuk mengkayakan taukeh-taukeh hotel bajet dan memeriahkan rumah bujang mahupun tempat berpeleseran yang lain.
Namun penjelasan seperti itu tetap tidak dapat diterima. Apa yang hendak dilakukan oleh JAKIM dan kelompok orang Islam yang berasa bertanggungjawab untuk melakukan pencegahan, mendapat tentangan sepenuh dan sebulat suara daripada para pemimpin bukan Islam di negara ini.
Nampaknya, keterbukaan yang diberikan oleh Melayu dari zaman sebelum merdeka sehingga kini telah pun menunjukkan hasil yang sangat 'baik'. Seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, orang Melayu seharusnya tidak takut mempertahankan bangsa dan agama mereka. Malah orang Melayu juga sepatutnya tidak takut dengan orang Cina.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak berlaku. Kuasa undi dan pengaruh kemenangan dalam pilihanraya mengatasi segala-galanya. Daripada menjadi pemain, akhirnya Melayu juga yang dipermain-mainkan sehingga hendak bercakap dan menegakkan agama yang majoriti orang Melayu Malaysia anuti juga nampaknya ditentang oleh golongan yang pada asalnya diprihatinkan oleh Melayu sehingga memberikan mereka kerakyatan 1 juta orang dalam tempoh satu hari sahaja.
Barangkali para pemimpin bukan Melayu akan berasa lebih senang dan lebih selamat sekiranya orang Melayu meninggalkan agama Islam atau hidup seperti golongan bukan Islam? Sebabnya, kebanyakan daripada mereka langsung tidak gusar tentang keruntuhan moral di kalangan generasi muda, tetapi mereka sangat bimbang sekiranya orang Islam cuba mengurangkan kadar keruntuhan moral itu dengan melakukan penguatkuasaan.
Tak kiralah sama ada pemimpin itu datangnya dari MCA apatah lagi DAP... mereka berkongsi satu misi dan visi untuk melihat Melayu dan umat Islam di negara ini sekadar beragama Islam di dalam kad pengenalan, bukannya menjadikan agama itu sebagai cara hidup.


5 comments:
Sudah lama diperingatkan dari zaman nabi oleh Allah...mereka2 ini tidak akan berhenti sehingga umat
mengikut kehendak dan cara mereka bro..
Tu yang Parti Islam dah jadi Parti Isle dukungan Nicky AJIS
satu pandangan yg bernas dan hebat..
kat selangor sekarang ni banyak hotel bajet hasil darpd pemerintahan PKR. boleh check hotel2 nie.
good article...
memang sudah termaktub dlm Quran dan hadis bahawa mereka2 tidak akan senang dgn Islam smp bila2..masalahnya umat Islam tidak berpegang pada ajaran agama dan tidak bersatu...memang salah umat Islam itu sendiri...
Pandangan yang amat baik.
Tersedak bila membaca 'Orang melayu takut dengan cina'.
Orang cina kebanyakan ahli perniagaan.Orang Melayu lah 'marketnya atau pembelinya'
Valentine adalah perniagaan.Perniagaan pada hari Valentine akan mencecah JUTAAN ringgit akan masyukkkkkk.
Hotel hotel di malaysia ada bermacam macam 'BINTANG".
Pelanggan hotel yang bertaraf International akan laku dan budget hotel juga akan penuh.Ini semua ,DUIT MASYUK.
Kita tak kira penjualan BUNGA,CARDS,ARAK,PERFUME,KASUT,BAJUyang berjenama,SELUAR yg berjenama,Barang barang kemas,pengunjung PUB,DISCO,KARAOKE,
dan banyak lagi..
Valentine sudah menjadi satu PRODUK perniagaan..
Saya ulang balik..PENIAGA orang CINA,PEMBELI orang MELAYU (tak terkecuali)..Kalau melayu ISLAM tak payah la nak dok sebok sebok sambut VALENTINE...
Post a Comment