Memang sangat jelas, Khalid Samad telah 'dimasukkan' oleh DAP ke dalam PAS dengan tujuan PAS boleh dijahanamkan dari dalam. Perhatikan sahaja tindak-tanduk Khalid Samad dan respons yang diberikannya apabila menyentuh soal DAP kesayangannya.Khalid Samad dalam respons terhadap kempen yang digerakkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi berkata, Nasrudin tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk menjalankan kempen berkenaan. Katanya lagi, pihak berkuasa agama kerap mengadakan operasi tersebut dan kuasa berkenaan tidak boleh dicampuri oleh Nasrudin Tantawi.
BACA DI SINI
Sekalipun cakap-cakapnya berlapik, namun begitu jelas, Khalid sebenarnya bercakap bagi pihak DAP di dalam PAS. Kalau Kamaruddin Jaafar bercakap bagi pihak Anwar Ibrahim di dalam PAS, Khalid pula sentiasa memastikan pengaruh DAP di dalam PAS tidak berkurangan.
Sebelum ini, Khalid Samad juga merupakan orang yang paling kuat menentang apabila PAS cuba menghapuskan arak di kawasan penempatan Melayu. Khalid Samad sebaliknya melawat kilang arak di Shah Alam dan kemudian membuat janji untuk memindahkan kilang arak tersebut agar dekat dengan Pelabuhan Kelang di atas tapak yang lebih luas.
Maka berbahagialah orag-orang Shah Alam kerana Wakil parlimen mereka mempunyai pandangan yang sejenis dengan DAP dan kafir yang menentang Islam. Syabas diucapkan kerana Melayu Shah Alam memilih untuk menjadi lebih liberal, terbuka dan keluar dari kepompong kejumudan yang memalukan mereka!!!!


1 comments:
MEMANG HAMPEH MAMAT SEKOR NI JADI ANJING DAP
Post a Comment