Anda kena ambil apa yang Khalid Samad utarakan di dalam BLOGnya. Intipatinya mudah, rakyat berkuasa dan mempunyai kuasa untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yang gagal melaksanakan tugasnya, terutama hanya pandai bercakap tetapi bila bab bekerja, langsung tidak nampak sebarang hasil.Cerita tentang rasuah, penyelewengan dan sebagainya yang dikatakan oleh Khalid Samad hanyalah penyedap telinga dan penghalal cara. Setiap rakyat perlu menilai setiap orang pemimpin terutama sekali wakil rakyat mereka, sama ada wakil rakyat mereka benar-benar bekerja atau sekadar benar-benar boleh bercakap.
Kategori Khalid Samad mudah... dia adalah seorang pencakap, bukan seorang pekerja. Dia TIDAK PERNAH BEKERJA untuk pengundi-pengundinya di Shah Alam. Malah dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan di Shah Alam kerana Shah Alam sudah seperti sekarang ketika dia dijadikan Ahli Parlimen dan Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Mengambil daripada kata-kata di dalam blognya sendiri, maka seharusnya warga Shah Alam bangun, 'memberontak', menunjuk perasaan dan melaung-laungkan agar Khalid Samad segera melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam memandangkan dia tidak berbuat apa-apa pun untuk Shah Alam selain menggunakan jawatannya untuk mendapatkan promosi buat dirinya di dalam PAS dan Pakatan DAP-PKR.
Pastinya Khalid Samad akan berasa sangat kagum sekiranya, warga Shah Alam keluar beramai-ramai menunjuk perasaan dan membuat demonstrasi bagi menekannya kerana kegagalan fungsinya selaku Ahli Parlimen. Khalid Samad tentu sangat menghargai tindakan sebegitu di seluruh Shah Alam kerana baginya, ia adalah manifestasi kepada pemikiran yang lebih terbuka dan tidak sempit!
Maka tunggu apa lagi warga Shah Alam... keluarlah beramai-ramai! Berdemolah! Tunjuklah perasaan dan usir Khalid Samad daripada jawatannya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam kerana dia hanya MAKAN GAJI BUTA dan tidak buat apa-apa kerja selain bercakap, berkempen dan berceramah!!!!
Atau saranan seperti itu akan dianggap sebagai satu hasutan apabila terkena ke batang hidungnya seperti yang berlaku kepada Shuhaimi Shafie yang menganggap tuduhan ke atasnya adalah fitnah walaupun tindakan itu sendiri berdasarkan kepada saranannya sendiri?
Sangat mujur kerana majoriti rakyat Malaysia, bukanlah jenis mengikut emosi seperti yang dikehendaki oleh para pemimpin PAS dan PKR.... masing-masing masih lagi boleh berfikir secara rasional dan sangat tahu, tunjuk perasaan tidak pernah menghasilkan apa-apa, terutama setelah perut kenyang dan duit ada dalam kocek....
Dan kerana itulah, Pakatan Rakyat perlu memastikan, wujud masyarakat tidak berumah yang tinggal di dalam kotak di tepi jalan beramai-ramai seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand kerana golongan ini sentiasa lapar dan akan bertindak berdasarkan emosi. Atau kadar pengangguran yang tinggi seperti di Tunisia dan Mesir, akan lebih mendorong rakyat ke jalan raya untuk menunjuk perasaan.
Atau dengan kata lain, Pakatan Rakyat perlu memastikan ramai rakyat Malaysia yang papa kedana sebelum saranan Khalid Samad dituruti!!!!


1 comments:
sepatutnya dia kena beritahu "kecuali saya"..dan juga Abg Anwar!!
Post a Comment