Monday, February 7, 2011

LAIN MACAM SUNGGUH WAKIL PAS KE MESIR NIH BAGI ALASAN.... RM120,000 BETUL KE SAMPAI?

Wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang sepatutnya bersama-sama pasukan penyelamat Malaysia ke Mesir, Zulkapli Yaacob melahirkan 'kekecewaan' dan 'kekesalan' kerana telah dipinggirkan oleh pasukan berkenaan. Menurutnya, sekalipun Perdana Menteri berkata, operasi menyelamat itu tidak bermotifkan politik, namun layanan yang diterimanya jelas disebabkan politik. Anda boleh baca LUAHAN HATINYA DI SINI.

Anda perlu ingat, orang ini membawa RM120,000 bersama-samanya ke Mesir. RM120,000 itu bukan duit peribadi Menteri Besar, jauh sekali duit dari akaun menantu Menteri Besar, sebaliknya duit Kerajaan Negeri. Kalau duit Kerajaan Negeri, bererti duit daripada perbendaharaan.

Dia terpaksa menaiki kapal terbang SYARIKAT PENERBANGAN SINGAPURA untuk ke Kaherah. Dan sesampainya di sana, dia telah membahagi-bahagikan duit tersebut kepada para pelajar Kelantan yang sudah keputusan wang belanja kerana bank ditutup dan mesin ATM tidak berfungsi... dan kemudian dia balik semula ke Malaysia.... sempat pulak bagi ceramah tu...

Hebat tak cerita dia? Dia boleh pergi balik dengan senang hati dan tanpa sebarang masalah, sedangkan ada orang yang sudah berhari-hari berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sedangkan Zulkapli boleh berulang-alik tanpa sebarang masalah. Zulkapli telah sampai pagi semalam ke Kelantan, jauh lebih awal daripada penerbangan pertama membawa balik pelajar-pelajar dan warga Malaysia yang ditransitkan di Jeddah. Malah jauh lebih awal berbanding pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak yang menaiki Qatar Airways.

Barangkali Zulkapli menggunakan ilmu lipat bumi, di mana dia boleh ke sesuatu tempat tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sangat singkat. Atau barangkali pelajar-pelajar tajaan Kerajaan Negeri Kelantan berada setempat dan semuanya sudah menunggu kedatangannya.

RM120,000 yang dikatakan telah dibahagi-bahagikan kepada para pelajar Kelantan di Mesir sudah tentu tidak beresit atau berinvois. Urusan, prosedur dan proses seperti itu diketahui tidak wujud dalam organisasi PAS... sebab itu, selepas dia mendakwa selesai membahagikan wang, dia BOLEH TERUS BALIK KE KOTA BHARU....

Atau barangkali sesi ceramah tersebut untuk menerangkan bagaimana RM120,000 sudah tiada lagi kerana 'dibahagi-bahagikan' kepada para pelajar Kelantan di Mesir... dan yang paling menariknya, IA DILAKUKAN DENGAN SEPANTAS MUNGKIN bagi membolehkan Zulkapli Yaacob bagi ceramah di hadapan para pembesar PAS Kelantan!!!!

Najib Abdul Razak seharusnya belajar daripada Zulkapli Yaacob, bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagaimana hendak bergerak pantas dalam keadaan kucar-kacir, dalam keadaan di mana protokol dan prosedur bagi setiap pergerakan sangat merimaskan, dan kesukaran memperolehi penerbangan untuk keluar dari negara bergolak. Barangkali kerana Najib Abdul Razak tidak belajar daripada Zulkapli Yaacob jugalah, menyebabkan Operasi Piramid terpaksa mengambil masa berhari-hari!!!

8 comments:

Anonymous said...

hahaha..lepas bhg2 duit,buat ceramah ngan sedia tabung,collect balik..

Anonymous said...

eh...jgan salah faham dia ada jet eksekutif turbo pandu sendiri tak yah susah susah nak booking tiket, siap dgn remote control arah mana nak dituju. Jet pakai remote control..kahkahkahkahkah

Anonymous said...

dia ni guna pintu doraemon kot....

laa...gi sana sorang jer ker...? macam tu jer...tak selia langsung proses penghantaran balik...? tak gi ber'jihad' kat sana...? tak gi demo kat sana...? awat jadi lagu tu...

alang2 menyeluk pekasam biaq sampai ke pangkal lengan....kalau psai nak dapat kuasa...duit....sampai hukum hakam depa tukaq jadi sesat lagi menyesatkan....kalau bab nak dapat saham akhirat....apa lah sgt...iye dak....? almaklumlah da di'jamin' masuk syurga....

wallahu'alam...

Anak Lenggong on February 8, 2011 12:44 AM said...

Betul ke duit tu sampai kesasaran..ataupun ilang begitu sahaja seumpama hilangnya duit Koperasi PAS dan juga duit kutipan derma mamali...betul jugak bagai dikata dia pergi balik cukup hebat dan cekap sekali..ada anak membr opis aku baru semalam tiba walaupun dia mempunyai tiket..dia tersangkut serta berkampong kat airport sejak 28/1/2011 lagi...entah2 dia tak pegi mesir kut..

Anonymous said...

Hadoi bapok lawak gile citer karut si Zulkipli nih..die igt pegi Kaherah tu mcm nek teksi sapu kat KB tu ker? Pagi smp..mlm tu jgk terus kasi ceramah depan tokguru nyanyok tu..

Hah yg best tuh, mengagih2kan duit kat student sane. Aku bole bygkan die pegi bwk seguni duit RM120,000 pastu smp jer..terus jer jadi mcm santa klaus passing2 duit kat ramai2 tu soh student beli makanan. Kahkahkah.. inila part paling auta skali. Takpela asalkan TOKGURU nAjis pecaya duit RM120,000 tu da DIAGIH-AGIHKAN kepada pelajar hakhakhak..

C L J on February 8, 2011 2:30 AM said...

Barangkali juga pelajar pelajar Kelantan yang tinggal merata rata itu semua dah berkumpul dalam satu rumah. Dan jetnya terus landing depan rumah itu. Boleh terus bagi danterus pulang. Bawa wang tunai RM120k melangkah sempadan negara negara tanpa pemeriksaan. Hebat sungguh.

Anonymous said...

Dasar jenis pendusta..jika agama pun didustakan, apa lagi perkara2 yg kecik2 ni.

Anonymous said...

BAGI DUIT RM120K CAM TU JE? BAGI KAT SAPE? BOLEH CAYA KE?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template