Golongan rendah IQ bukan sahaja wujud dalam rakyat biasa. Bahkan di kalangan orang politik pun, terlalu ramai yang mempunyai masalah rendah IQ. Cuma satu yang menarik, apabila menjadi orang politik, terutama kalau jadi Naib Presiden dan Ahli Parlimen, maka, akan terciptalah pelbagai alasan dan isu darinya untuk menghilangkan kerendahan IQ tersebut.Malangnya, dia tidak sedar, kerendahan IQ itu bukan dilihat daripada senyuman bergigi arnabnya, tetapi daripada kenyataan-kenyataannya yang dipetik dan disiarkan oleh pelbagai bentuk sumber maklumat. Dan daripada kenyataan-kenyataannya itu, kerendahan IQnya menjadi sangat terserlah dan kekal untuk ribuan tahun selagi maklumat berkenaan kekal wujud dalam bentuk aksara dan data bercetak.
Dan bayangkanlah kalau ORANG RENDAH IQ SEPERTI ITU DIHALANG MEMBUAT HUBUNGAN SEKSUAL... apa agaknya alasan yang akan diberikannya?
Baca petikan berita ini:
Seorang lelaki berusia 41 tahun menerima hukuman teramat berat dari sebuah pengadilan tinggi di England, dilarang melakukan hubungan seks. Keputusan ini mengundang reaksi masyarakat soal kebebasan sivil dan autonomi kehidupan peribadi.
Hakim ketua, Mostyn, terpaksa menjatuhkan keputusan itu atas pertimbangan bahawa lelaki yang dikenal dengan sebagai Alan itu tidak memiliki kapasiti mental yang memadai untuk memahami risiko kesihatan atas hubungan seksual. Alan memiliki IQ 48, jauh di bawah standard rata-rata sebesar 100.
Hakim memerintahkan pengadilan untuk memerhatikan pelaksanaan hukuman itu, serta memberikan pendidikan seksual kepadanya. “Ini adalah keputusan terbaik untuk masa depannya,” kata Mostyn, seperti dikutip dari laman Telegraph.
Kes ini sampai ke pengadilan menyusul beberapa kejadian yang dilakukan Alan sebelumnya. Selain menjalin hubungan sesama jenis, Alan juga dituduh telah mencabuli anak-anak di sebuah klinik kesihatan dan pengangkutan awam.
Berdasarkan aturan Mental Capacity Act 2005 yang berlaku di negara itu, hakim memiliki hak untuk membuat keputusan terkait hidup dan mati seseorang yang dianggap tidak memiliki kecerdasan untuk menentukan hidup mereka sendiri. (Dipetik dari BESTOFEONFOUR.NET)


2 comments:
Lelaki rendah.. ( Sam Kemetot ) kot yg tak boleh buat seks.. gua main teka je..
Banyak spesis macam Alan ni dalam parti ajaran songsang tu. Habis semua kanak kanak tadika PASTI kena berwaspada. Akibat berfikir mengikut ANU auuuww.
Post a Comment