Saturday, February 5, 2011

LIM GUAN ENG KATA BUKAN DIA BUAT... UMNO YANG PEMBOHONG!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan booklet 'My Balik Pulau' yang mengandungi fakta-fakta sejarah yang mengelirukan dan menafikan Melayu sebagai pembuka kawasan tersebut, dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri. Malahan dia menuntut agar ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad agar menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepadanya kerana MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN FAKTA oleh kerajaan negeri Lim Guan Eng. (BLOG LIM KIT SIANG)

Memang dasar pembohong dan pelakon terbaik, si Ketua Menteri Pulau Pinang ni!

Booklet tersebut diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang dibiayai oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng seperti biasa, segera menuding ke arah UMNO dan Kerajaan Pusat yang dituduhnya mengeluarkan dan menerbitkan booklet berkenaan dengan alasan, UMNO sedang mencipta ruang rasis dan menggambarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai pendiskriminasi Melayu.

Dek kerana itulah, Lim Guan Eng mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia yang mendedahkan pertualangannya kepada umum. Lim Guan Eng bagaimanapun tidak menjawab tentang Persatuan Pendidikan Seni Pulau pinang dan Majlis Pendidikan Pulau Pinang yang dicipta oleh DAP di Pulau Pinang untuk memaksa penyelewengan sejarah agar berpihak kepada kaum imigran di pulau berkenaan. Sebaliknya dia seperti biasa akan menyalahkan orang lain berbanding menjawab soalan dan memberikan penjelasan.

Apa pun yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, sikap chauvanist dan permusuhannya terhadap orang Melayu serta cita-cita untuk membersihkan pulau berkenaan daripada sebarang unsur kemelayuan sudah terbukti. Banyak perkampungan Melayu yang telah diranapkan dan dihapuskan. Pentadbirannya sengaja meningkatkan nilai hartanah agar orang Melayu tidak mampu tinggal di pulau berkenaan, sebaliknya berpindah ke Seberang Perai dan selatan Kedah.

Agak aneh, apabila pembohongan Lim Guan Eng sangat mudah dipercayai sekalipun penipuannya begitu terang dan nyata. Lebih aneh lagi, setiap kali tembelangnya pecah, dia akan segera mengancam akan menyaman Utusan Malaysia dan wakil rakyat Melayu agar cerita pembohongan dan cerita buruknya tidak lagi diketahui umum.

Bijak betul orang Pulau Pinang memilih Ketua Menteri mereka, sebijak cakap golek kepala mereka dan gebang deraih sedangkan tangga rumah pun pakat lucut habis!!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template