Monday, February 7, 2011

LIM KIT SIANG DENGAN SEJARAH IMIGRANNYA DAN 13 MEI 1969!!!

Sebuah artikel yang tersiar di dalam BLOG LIM KIT SIANG menggesa agar kerajaan melakukan reform dan 'membetulkan' penulisan sejarah di Malaysia. Menurut penulis artikel tersebut, sejarah Malaysia berat sebelah dan tidak menyebut langsung tentang sumbangan bangsa-bangsa lain dalam sepanjang sejarah negara ini.

Memang serba melawakkan... usaha daripada puak-puak Lim Kit Siang sangat jelas. Dalam pada mereka menuduh buku-buku sejarah yang ada sekarang, berat sebelah dan tidak betul, mereka sendiri cuba melencongkan sejarah negara.

Apakah tidak benar, imigran Cina dan India datang ke sini dengan tangan Inggeris dan British? Atau barangkali hendak ditunjukkan bagaimana orang Cina yang diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan telah menyumbang kepada kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka menerusi bantuan jong, tenaga, senjata dan maklumat kepada Alfonso de Alburqueque pada 1511 lalu?

Barangkali juga Lim Kit Siang dan gerombolannya mahu sejarah negara mencatatkan bagaimana saudagar-saudagar Cina di Tanah Melayu dengan bantuan Inggeris merampas tanah-tanah Melayu untuk mereka jadikan sebagai tapak perniagaan dan empayar ekonomi yang besar, seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Singapura dan Perak?

Atau barangkali bagaimana sejarah penaklukan Inggeris ke atas Pahang dibuat yang terhasil daripada pembunuhan seorang rakyat Ratu, seorang lelaki Cina yang cuba merampas tanah seorang pengikut Bendahara Wan Ahmad, perlu ditulis semula?

Mungkin juga, perlu diceritakan bagaimana DAP berperanan besar dalam Tragedi 13 Mei 1969 sehingga berlakunya pembunuhan dan tragedi berdarah yang mencacatkan sejarah negara?

Atau kesemua itu perlu dihapuskan dengan memberikan gambaran yang baik-baik atau menyelewengkan segala fakta bagi mencapai 1Malaysia seperti yang sering digambarkan oleh Lim Kit Siang?

Pusinglah arah mana sekalipun, jasa dan sumbangan para pemimpin bukan Melayu hanya bermula pada pertengahan 1950-an dan tidak pernah lebih awal daripada itu. Parti Komunis Malaya dan Chin Peng serta gerombolan komunisnya bukanlah pejuang dan mereka tidak ada hak di dalam catatan sejarah sebagai penyumbang kerana mereka sebenarnya adalah penjajah yang cuba menjajah negara ini. Chin Peng dan PKM sama sahaja statusnya dengan Inggeris, Siam, Belanda, Portugis mahupun Sepanyol.

Terimalah hakikat bahawa orang Melayu telah BERMURAH HATI memberikan kerakyatan 1 juta orang kepada imigran Cina dan India dalam tempoh 24 jam sahaja. Tak perlulah nak temberang tentang sumbangan para pemimpin mereka yang entah di mana-mana duduknya....

Kalau ada pun, hanyalah anak watan negeri ini seperti Tan Cheng Lock yang keluarganya sudah beratus-ratus tahun menjadi penduduk Tanah Melayu!!! Dan jasa Tan Cheng Lock, sekalipun terpalit dengan kisah dia melarikan diri sewaktu perang, tetap dikenang sebagai negarawan....

Apa jasa Lim Kit Siang sepanjang bergelar orang politik dari tahun-tahun 60-an?

Jasa yang paling besar ialah MENYEMARAKKAN TRAGEDI 13 MEI 1969.... dan kerajaan wajar memasukkan teks itu di dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Jangan percaya si kafir Harbi ni....dia ni mengarut sahaja....nak putar belitkan fakta sejarah tanah air yang tercinta.Peranannya hanyalah membangkang kepada apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan...baik atau buruk sama sahaja bagi dia. Matlamatnya hanya untuk menyerapkan konsep parti PAP Singapor di Malaysia agar puak2 chauvanist dalam gulungannya mendapat manafaat yang semaximum mungkin.

Anonymous said...

LKS nie nak ubah fakta jd auta.

Anonymous said...

macam tu pun..PAS masih bersekongkol jugak. Usaha mereka yg jelas utk memadamkan Islam dan Melayu, tu pun tak nampak2 lagi.

Mm apa le jenis jampi yg Anwar pakai ni..sampai tok guru2 dan ustaz2 leh terpukau ni.

Anonymous said...

Pemuda UMNO...tidoq ka!!! Takkan nak harapkan PERKASA lak.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template