Saturday, February 12, 2011

LIM KIT SIANG DIBEBASKAN UNTUK POLITIK UMNO?

Lim Kit Siang mempersoalkan penegasan Tun Dr. Mahathir bahawa bekas Perdana Menteri itu telah bertemu dengan Lim Kit Siang dan kawan-kawannya sebelum penangkapan mereka pada Operasi Lalang 1987. Menurut Lim Kit Siang, tidak mungkin para pemimpin pembangkang melepaskan Tun Dr. Mahathir selama dua dekad kerana 'kegagalannya' sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sehingga keputusannya telah diatasi oleh Polis Diraja Malaysia. (BLOG LIM KIT SIANG)

Pada masa yang sama, Lim Kit Siang juga turut mempersoalkan mengapa Dr. Mahathir dan Polis tidak bertindak ke atas Najib Abdul Razak yang menyuarakan "13 MEI TELAH BERMULA" dan "KITA BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA" di Stadium TPCA, Kampung Bharu. Stadium TPCA Kampung Bharu, dijadikan lokasi sebagai tempat perhimpunan Pemuda UMNO yang pada ketika itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim, sang pokkei.

Najib Abdul Razak pada ketika itu adalah Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Sepatutnya Perhimpunan Pemuda UMNO di Stadium TPCA menghimpunkan seramai 500,000 orang seperti yang dirancang oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Menteri Pendidikan pada waktu itu. Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah menerima nasihat daripada Zaman Khan, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Bukit Aman yang tidak senang dengan perhimpunan tersebut.

Ketegasan kaum sudah begitu hampir apabila Prebet Adam, seorang anggota tentera dari Kem Tentera Ulu Kinta, bersenjatakan raifel M16 telah membunuh dua orang Cina di Chow Kit pada sebelah pagi. Punca Prebet Adam mengamuk bagaimanapun tidak ada kena-mengena dengan ketegangan kaum sebaliknya kerana 'hal peribadi'.

Tidak seorang pun dari kalangan pemimpin pembangkang yang mahu menceritakan punca sebenar ketegangan pada 1987 dan asal-usul Operasi Lalang 1987 selain mengaitkannya dengan masalah dalaman UMNO membabitkan Mahathir-Tengku Razaleigh.

Ketegangan di dalam UMNO telah cuba diambil kesempatan oleh para pemimpin Cina termasuklah dari kalangan MCA yang melihat peluang terbuka. Salah seorang daripada pemimpin MCA yang menjadi 'kaduk naik junjung' adalah Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA yang juga merupakan Menteri Buruh pada ketika itu.

Lee Kim Sai memulakan 'tragedi 1987' apabila mengusulkan agar hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Menurut Kim Sai, Melayu juga adalah pendatang, sama seperti orang Cina dan India, sekaligus tidak mewajarkan Melayu menikmati hak keistimewaan.

Perkara tersebut telah dimainkan oleh akhbar-akhbar utama berbahasa Cina. Hasilnya berlakulah tindakbalas daripada orang Melayu terutama dari kalangan UMNO. Keadaan semakin kalut apabila isu Kementerian Pendidikan yang menterinya adalah Anwar Ibrahim melantik 100 orang guru besar bukan berpendidikan Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Tindakan Kementerian Pendidikan itu menimbulkan perasaan kurang senang terutama di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Para pemimpin MCA, GERAKAN, DAP dan Dong Jiao Zong telah SEPAKAT untuk mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.

Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 orang ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan dengan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mendesak agar para pelajar memboikot sesi persekolahan selama 3 hari agar Kementerian Pendidikan menarik semula keputusan melantik 100 orang guru besar bukan berpendidikan Mandarin.


Reaksi orang Melayu mendapat tempat apabila UMNO menerusi Pergerakan Pemuda UMNO menghimpunkan 10,000 orang ahlinya di Stadium TPCA, Kampung Bharu untuk menunjukkan solidariti dan kegagahan mereka. Antara pemimpin UMNO yang hadir pada waktu itu adalah Muhammad Mohamad Taib, Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim dan Anwar Ibrahim.

Pihak polis dalam usaha mengawal keamanan, telah mengadakan sekatan-sekatan jalan raya dan mengawal kawasan-kawasan bermajoritikan penduduk Cina di seluruh Kuala Lumpur. Pun begitu, keadaan semakin tidak terkawal dan ketegangan semakin memuncak apabila kerajaan menarik balik lesen penerbitan The Star dan Sin Chew Jit Poh.

Menjelang 27 Oktober 1987, polis mula bertindak dengan menahan para pemimpin politik, pemimpin badan sosial dan individu. Antara mereka yang ditangkap termasuklah Lim Kit Siang dan Lee Kim Sai.

Lee Kim Sai yang mencetuskan isu pada 1987 bagaimanapun, 'melarikan diri ke Australia'.

Agak aneh kerana Lim Kit Siang yang merupakan satu-satunya tinggalan PAP pada 1965 selepas Lee Kuan Yew dan Singapura disingkirkan, cuba memesongkan fakta tersebut, sama seperti dia cuba memesongkan fakta Tragedi 13 Mei 1969. Siapa yang mencetuskan isu, tidak pernah menjadi hujah Lim Kit Siang, sebaliknya dia sentiasa berusaha untuk menyalahkan UMNO dalam serba-serbi. Dan dia tidak pula menyalahkan diri kerana terlibat dalam penangkapan Operasi Lalang 1987 menerusi siri acumannya agar orang Melayu dihilangkan hak keistimewaan dan Melayu adalah pendatang yang mencetuskan reaksi besar Melayu di seluruh Malaysia, termasuklah dari kalangan orang PAS.

Penangkapan dalam Operasi Lalang 1987 tidak hanya melibatkan Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong dan Lim Kit Sai, tetapi juga membabitkan nama-nama Melayu seperti Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Halim Arshad dan Chandra Muzaffar.

Lebih aneh lagi, orang yang mencetuskan isu dan ketegangan pada 1987 tidak pula dipersalahkan, sebaliknya golongan yang mempertahankan isu dan memberikan reaksi menentang kumpulan-kumpulan Cina pula yang dipersalahkan, termasuklah terhadap para pemimpin PAS yang ditahan seperti Halim Arshat.

Lim Kit Siang boleh temberang apa sahaja tetapi butiran sejarah sekarang, bukan lagi dituturkan dari mulut ke mulut seperti Melayu dulukala. Sekarang, semuanya bertulis dan pada 1937, Profesor Rupert Emerson yang menulis buku sebuah buku bertajuk 'MALAYSIA' juga turut membincangkan perangai segelintir imigran Cina yang mempersoalkan tentang Melayu dan kewujudan Melayu di negara ini yang disifatkannya sebagai kurang ajar!

Seawal 1900 lagi, pendatang China cuba mendoktrinkan bahawa Melayu juga adalah pendatang dan liberalnya UMNO pada awal kemerdekaan, menyatakan Melayu berasal dari Yunan dan ianya tercatat dalam buku-buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah!!!!


0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template