Tuesday, February 8, 2011

Majlis Fatwa Yang Serba Keliru!!!!

Dialog Nik Aziz, majlis fatwa tidak sesuai
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Dialog antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Majlis Fatwa Kebangsaan tidak sesuai diadakan kerana ia akan melibatkan pertembungan antara seorang ahli politik dan sekumpulan fuqaha Islam.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir sebaliknya berkata, jika rancangan tersebut mahu diteruskan juga, Menteri Besar Kelantan itu disyorkan berdialog dengan cendekiawan Islam di dalam UMNO serta pihak yang ahli dalam bidang siasah syariyyah (politik Islam).
Beliau berkata, majlis fatwa tidak sepatutnya dilibatkan di dalam rancangan dialog tersebut kerana ia melibatkan seorang ahli politik.
"Adalah lebih baik kita temukan antara Nik Abdul Aziz dengan cendekiawan Islam di dalam UMNO serta ahli-ahli akademik Islam yang ahli dalam bidang siasah syariyyah.
"Saya kira ini adalah kumpulan paling sesuai sekiranya Nik Abdul Aziz benar-benar mahu mengadakan dialog atau debat dan bukannya majlis fatwa. Langkah ini juga lebih adil bagi kedua-dua belah pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-citer lanjut di Utusan.

___________

Hai...nak lepaskan tengkuk nampak!!


Masa jatuhkan hukum sesat pada mana2 tariqat, ajaran2 yg dikenal pasti sesat, spt Ayah Pin, Kahar, dll..tak perlu pun berdialog dan berdebat.


Boleh je ambil tindakan..


Bila kena tang PAS, nak kalih2 pulak.. Majlis Fatwa harus bertegas demi kemuliaan Agama Islam dan perpaduan dan kesejahteraan ummah, dan tu adalah lebih penting dari PAS.


Apakah takut dihina atau doa pecah perut Nik Aziz? Jika yakin atas kebenaran agama mengapa takut2? Apakah takut dilabelkan "anjing UMNO" atau dah kena beli oleh UMNO atau apa2 saja kutukan dan hinaan yg bakal menimpa?


Tau la..ramai dalam PAS tu adalah rakan2 sejawat dan sealiran...tapi yg haq ialah haq, yg batil tetap batil.


Rasanya ketua2 agama Islam negeri dan negara yakni Sultan2 dan Agong dah berpesan berkali2 dan dah berkali2 menasihati..apakah majlis fatwa tak leh nak bertindak sekurang2nya menghormati titah tuanku.


Ni bukan pasal UMNO atau PAS..tapi ni adalah soal akidah dan kemuliaan agama Islam. Majlis Fatwa kena faham perkara ni..


Sesiapa saja semada dalam PAS atau UMNO atau mana2 parti yg lain cuba mempolitikkan agama, mempersendakan agama, memperlekehkan agama, membuat penafsiran tanpa merujuk majlis fatwa..harus dihadapkan kemahkamah ngan kuasa Sultan dan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri dan negara!!


Tak perlu berdebat..tak perlu berdialog..AMBIL TINDAKAN!!


Malanglah ummat Islam diMalaysia jika terdapat dikalangan majlis Fatwa kita yg ragu2 dan keliru ngan agama dan politik...dan pilih bulu utk ambil tindakan.


-aa

3 comments:

ataih pagaqqq said...

lingkop la... mcm CTW kata la... alasan nak pelepas diri... kalau org kata depa makan gaji buta... maqah pulak... kata lebih sikit... di cop xhormat ulama... mcm mana nak hormat kalau mcm ni????

tungkaran hati.blogspot on February 8, 2011 5:15 PM said...

suka sangat dengan ayat ni...``Apakah takut dihina atau doa pecah perut Nik Aziz? Jika yakin atas kebenaran agama mengapa takut2? Apakah takut dilabelkan "anjing UMNO" atau dah kena beli oleh UMNO atau apa2 saja kutukan dan hinaan yg bakal menimpa?"

oh malaysiaku said...

sekali imbas memang betul artikel ni, tapi bila didalami ada betulnya keputusan Majlis Fatwa menolak untuk berdebat dengan Nik Aziz ni; sebabnya mudah -

1. supaya nik aziz tersedar dari lena yang panjang bahawasanya dia adalah ULAMAK POLITIK, sedikit ulama dunia, jauh sekali ulamak akhirat. Dia bertopengkan Islam untuk kepentingan peribadi dan politik parti. Dia lebih banyak berkhayal bahawa dialah yang dapat menyelamatkan orang Islam di Malaysia ni di akhirat nanti. Keangkuhan atau keegoannya terserlah apabila berbicara tentang Islam, seolah-olahnya dia sudah tau kemana setiap orang Islam akan ditempatkan di akhirat nanti;

2. nik aziz mahukan publisiti bukan untuk mencari KEBENARAN, supaya gambarnya dapat masuk TV dan keluar berita dalam semua media arus perdana. Ini penting baginya untuk menaikkan nama demi survival parti.

3. ajaran sesat bukannya parti politik, hanya pengikutnya saja yang menyokong parti politik - dan kebanyakan ajaran tersebut bertentangan dengan atau menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Jadi kalau nik aziz mengatakan mohd noor deris tak layak berdebat dengannya dengan alasan mohd noor deris tak setaraf dengannya, jadi tak bolehkah Majlis Fatwa mengatakan yang sama kerana nik aziz sendiri lebih condong kepada berpolitik?

atau bagi nik aziz ni satu 'flying kick' supaya otaknya dapat berfungsi sikit, amacam ...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template