Friday, February 11, 2011

MANA KHAIRY JAMALUDDIN? DIA SEHARUSNYA DENGAN NASRUDIN TANTAWI!!!!


Usaha murni Nasruddin Tantawi untuk mendakwahkan golongan muda-mudi Islam yang berkaitan dengan Hari Valentine, bukan sahaja ditentang oleh Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, tetapi juga oleh pemimpin pusat DAP dan segelintir di dalam PAS. Mereka melihat usaha murni Nasruddin Tantawi itu sebagai melampaui kuasa.

Walhal dalam kenyataannya, Nasruddin Tantawi sedikit pun tidak berlagak macam sesetengah pembesar PAS Selangor yang perasan dia adalah Menteri Besar atau Exco Kanan. Tantawi sebaliknya sekadar ingin berdakwah dan mengingatkan golongan muda-mudi yang terkesan sangat dengan perayaan sia-sia itu. Dia tidak berhajat untuk mengambilalih tugas penguatkuasa undang-undang dan penguatkuasa agama.

Seharusnya usaha yang dilakukan oleh Tantawi disokong, bukannya dibangkang dan diperingatkan tentang kuasa yang 'mereka' miliki. Malah usaha Tantawi itu juga wajar disokong oleh Ketua Pemuda UMNO dalam usaha menangani masalah sosial yang tidak sahaja melibatkan Hari Valentine malah hari-hari yang lain juga.

Rasa-rasanya ramai yang akan gembira jikalau Pemuda UMNO dan Pemuda PAS sama-sama turun padang untuk menjalankan tugas dakwah itu. Pemuda PAS boleh menggunakan pendekatan agama menurut kemahiran mereka, manakala Pemuda UMNO pula menggunakan pendekatan jasmani berdasarkan kemahiran mereka. Paduan kedua-dua Pemuda UMNO dan Pemuda PAS pasti akan membuahkan hasil yang jauh lebih baik berbanding dilakukan secara berasingan.

Dan pada masa yang sama, turut memberi isyarat kepada DAP dan GERAKAN, PAS dan UMNO sebenarnya berada di dalam satu akidah, satu Tuhan dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Bukannya bertuankan Barisan Nasional atau bertaukehbesarkan DAP.

Namun, barangkali harapan tersebut hanya wujud di dalam sebuah mimpi... orang politik mempunyai nafsu yang tidak ada pada orang biasa. Pandangan mereka dalam sesuatu isu berasaskan kepada nafsu tersebut. Jadi, tidak perlulah menaruh harapan yang bukan-bukan....

1 comments:

Anonymous said...

takde faedahnye valentine's day itu..klu suami isteri ok le...tapi yg bukan suami isteri pulak yg lebih2..tak malu!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template