Seorang lelaki bersama kekasihnya dicekup oleh suami kekasihnya sendiri bersama-sama pegawai-pegawai masjid yang bertauliah. Lelaki berkenaan mempunyai jawatan dalam UMNO Puchong Perdana. Malah lelaki tersebut didakwa mempunyai lagak yang sungguh besar kerana sekalipun berjawatan BUDAK PEJABAT (Pembantu Am Rendah), dia mengaku sebagai pensyarah di sebuah universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.RUJUK MYMETRO
Kisah tentang orang politik ditangkap khalwat sememangnya cerita yang sedap didengar. Skandal seks melibatkan orang politik, bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, dari zaman purba sampailah ke zaman sekarang.
Selain kisah lelaki yang dikatakan Ketua UMNO Cawangan Puchong Perdana itu, sebelum ini heboh dengan kisah ADUN Selising dan ADUN Perupok dari PAS di Kelantan. PAS seperti biasa, mengamalkan perangai 'menyapu ke bawah karpet' dan tidak mengambil sebarang tindakan mahupun siasatan, sebaliknya menganggap ia hanyalah satu fitnah biarpun saksi-saksi sedia memberi keterangan.
Kisah lelaki tersebut pasti akan dijaja-jaja. Setakat ini, cubaan untuk mendapatkan respons daripada pihak-pihak yang berkaitan khususnya Ketua UMNO Bahagian masih lagi gagal diperolehi. Kalau ada pun, kesemua mereka enggan memberikan jawapan balas yang meyakinkan.
Maka timbullah pertanyaan, adakah UMNO juga akan mengamalkan perangai PAS yang menyapu semua masalah ke bawah karpet? Adakah UMNO akan mengamalkan perangai PAS yang pantas untuk bingkas menyalahkan orang lain dan menyatakan ia hanyalah fitnah semata-mata? Adakah UMNO akan menerima masalah ini sebagai masalah peribadi si pelaku atau mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan UMNO daripada golongan yang mencemarkan, bukan sahaja diri sendiri, bahkan agama yang dianuti.
Respons daripada UMNO sedang dinanti-nanti oleh ramai orang, termasuklah dari kalangan penyokong UMNO sendiri.


4 comments:
umno, apa lg? blasah la cukup2. kasi malu je. nk ikut mcm pas, sapu bwh karpet? buat la... nk pendekkan umur memerintah, buat la...
HUKUM TERUS ORG MCM TU...TAK GUNA SIMPAN...LIABILITI JE
BETUI TU USIN
kalau tak betui..saman ler yg empunya citer.
Post a Comment