Thursday, February 10, 2011

NAK MENIPU APA... MEMANG PAS KEDAH TAK PANDAI BUAT KERJA PUN!!!!


Bila Menteri Pelancongan kata, Kedah membazir peruntukan tinggi yang diterima untuk memajukan sektor pelancongan, maka berkokok sakanlah orang-orang Kerajaan Negeri menafikan perkara itu. Apabila dikatakan Kerajaan PAS Kedah tak pandai buat kerja, maka mereka pun segera membuat perbandingan antara kutipan cukai balak dan yang lain-lain dengan kerajaan terdahulu. Yang tidak diterangkan ialah berapa luas pula kawasan balak pada zaman kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang... yang tidak diterangkan juga ialah, berapa perolehan daripada GLC-GLC yang diculalangkitkan oleh kroni dan ahli keluarga orang besar kerajaan negeri.

Peruntukan untuk industri pelancongan di Kedah, tinggi... setinggi mana, tak tahulah... tapi bagi anda yang rajin berulang-alik ke Kedah, anda hanya akan dapati perubahan paling ketara ialah banyak signboard dengan muka OSTAT KITA tersengih dan bergumbira, manakala yang lain-lain dan berkaitan dengan pelancongan, tidak ada langsung... yang ditinggalkan Det Khalid, itulah juga yang duk ada la nih....

Tak tahulah kalau signboard dengan muka OSTAT KITA dapat menarik ratusan juta pelancong setahun ke Kedah....

Paling lawak ialah apabila fenomena 'terkejut' dengan percutian orang ramai pada cuti Tahun Baru Cina di Langkawi yang dijadikan sebagai menyanggah kata-kata Ng Yen Yen. Kata mereka, orang ramai yang berpusu-pusu ke Langkawi adalah menandakan sektor pelancongan Kedah adalah maju dan telah dimajukan oleh Kerajaan Negeri Kedah yang menerima suntikan dana daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Kalau tak silap la... Langkawi telah pun dibangunkan lebih awal sebagai destinasi pelancongan yang lengkap dengan prasarana semenjak dari zaman Tun Dr. Mahathir lagi... kalau tak silap la, kan? Tak tahu la pulak kalau zaman Dr. Mahathir itu sezaman dengan zaman OSTAT KITA di Kedah....

Atau barangkali kerajaan OSTAT KITA di Kedah hanya nampak Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Apatah lagi, Langkawi sudah lengkap segala-galanya dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, terutama sekali dengan pelbagai acara bagi menarik pelancong saban tahun...

Dek kerana itulah kerajaan OSTAT KITA nak ambil nama juga. Sedangkan destinasi pelancongan yang baru di Kedah, HARAM TAK DAK di bawah pentadbiran OSTAT KITA!!!

Pandai buat kerja lagi ka tu? Kalau setakat membanyakkan hasil balak dengan menebang balak lebih banyak dan mencekapkan penebangan balak di kawasan baru dan lama, sampai gondol dan berlakunya banjir besar, mungkin Mahfuz Omar yang tak pass SRP pun boleh buat....

Pembohonglah kalau alasan demi alasan untuk menghalalkan Kerajaan PAS Kedah dalam sektor pelancongan di Langkawi... Langkawi bukan destinasi baru... peruntukan dari Kementerian Pelancongan perlu dijelaskan ke mana hala dan simpanan atau dihabiskan.... sama ada dihabiskan kepada signboard yang ratusan jumlahnya di seluruh Kedah yang mempamerkan senyuman OSTAT KITA atau sekadar dihabiskan untuk elaun kedatangan, elaun minyak, dan segala macam elaun lagi untuk mesyuarat adik beradik dan kaum keluarga....

3 comments:

Anonymous said...

tu lah bezanya bila ditadbir dengan mentadbir....

yang ditadbir...boleh buat tak tau je....apatah lagi kalau depa tu pembangkang...maka depa boleh cakap apa sahaja...boleh buat apa sahaja....

bila mentadbir...kena lah bertanggungjawab...dan dipertanggungjawabkan....takkan nak tolak dan nafikan pulak tanggungjawab tu....

dan jadi pentadbir ni kena lah tahan lasak...takkan kena kritik dah melenting...nak ngamuk sakan...apatah lagi atas sumber dan hujah yang betul...berlapang dada lah...tak gitu wahai pemimpin PAS yang ngaku pejuang ISLAM....???

depa ni da biol dan makin biol !

wallahu'alam...

Anonymous said...

HANGPA TUNGGUUUUU PRU13, JAHANAMLA PAS SESAT

Anonymous said...

Tuan-tuan ada dengar belanja untuk naik taraf chalet-chalet kat gunung jerai? dengar kata kosnya tak masuk akal berbanding dengan kos sebenar (anggaran JKR). Ini berita patut Mahpos Omar kena selidik, walau dia tak pas SRP, tapi nampak jege (beliak) macam pandai sangat. hehehe

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template