Sunday, February 6, 2011

NIK ABDUL AZIZ DIBONGOKKAN OLEH PENASIHATNYA SENDIRI

Akhirnya seperti yang dijangka, Pejabat Menteri Besar Kelantan BOLAYAN Mohd Noor Deris untuk berdebat dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan alasan, tidak setaraf, tidak berjawatan dan tidak berpengaruh untuk menggubal dasar.

Bagi seseorang yang digelar sebagai ulama, dan dia sendiri menggolongkan dirinya sebagai ulama, alasan berkasta seperti itu merupakan sesuatu yang sangat melucukan. Dalam sejarah kecendekiawanan Islam, proses debat dan hujah tidak memandang kasta dan kedudukan mahupun jawatan, sebaliknya kisah Washil bin Atho' yang berdebat dengan gurunya sendiri, Hasan Al-Basri, bahkan Khalifah Al-Makmun bin Abdullah Abu Al-Abbas berdebat dengan Ahmad bin Hanbal yang merupakan banduannya dalam hal Al-Quran itu makhluk, membuktikan bahawa rukun debat tidak memerlukan sekufu, setaraf mahupun berjawatan.

Ada banyak dalam sejarah Islam yang menunjukkan berlakunya perdebatan antara golongan kafir dengan Islam. Bahkan ada golongan Muktazilah yang berdebat dengan kanak-kanak yang sangat masyhur dalam sejarah. Dan perdebatan tersebut bukannya seperti perdebatan yang ingin dianjurkan oleh PAS dan PKR yang sekadar mencari nama dan mencari jalan untuk dipromosikan secara percuma.

Ada kemungkinan keengganan Nik Abdul Aziz bukanlah keengganannya sendiri, sebaliknya keengganan daripada pejabatnya. Para penasihatnya melihat ruang yang lebih besar untuk Nik Abdul Aziz mencipta nama sama ada kalah atau menang dalam beragumentasi dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berbanding dengan Mohd Noor Deris yang diketahui sangat agresif dan membungkamkan mulut Nik Abdul Aziz.

Umum mengetahui, Nik Abdul Aziz sudah banyak kali diperdayakan oleh orang di sekelilingnya yang sering memberi khabar-khabar yang bertentangan dengan apa sebenarnya yang berlaku. Hal ini diakui sendiri oleh anaknya. Dek kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz seringkali dilihat 'jahat', 'jahil', 'bahlol', 'bermulut lepas' dan 'biadap terhadap Allah Taala dan rasul-Nya'.

Justeru, keengganan yang disiarkan oleh Pejabat Menteri Besar berkemungkinan besar adalah strategi kakitangannya semata-mata. Bukan daripada Nik Abdul Aziz. Apatah lagi sebagai seorang yang bergelar ulama dan menggolongkan diri sebagai ulama, Nik Abdul Aziz tentu sekali tidak akan mahu melepaskan peluang terbesar untuk membuktikan betapa salahnya Mohd Noor Deris keluar dari PAS dan masuk UMNO. Tambahan pula ia adalah debat secara terbuka yang membolehkan orang ramai menilai hujah kedua-duanya.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau betul Pejabat Menteri Besar Kelantan BOLAYAN ajakan debat oleh Mohd Noor Deris, itu kira baiklah untuk Nik Aziz, kerana :

1. Umum mengetahui Mohd Noor Deris banyak tahu apa yang berlaku dalam PAS, nanti ada pulak terbocor rahsia,

2. Untuk mengelakkan Nik Aziz kekejangan otot sewaktu berdebat, kerana dulu semasa bertikam lidah dengan Mohd Noor Deris dah terduduk; nanti manalah tau kali ini kalau terjadi kejang otot, terkencing dalam kain/seluar ke, atau terkincit terus! kan lagi lebih malu...

Tapi kalau tak mau debat tu kerana kasta, kita tunggulah sikit lagi mesti keluar punye fatwa dari Nik Aziz yang mengatakan kononnya "Islam memang mengamalkan kasta"; dan semestinyalah orang2 PAS kasta tertinggi - sebab mereka telah dijanjikan syurga!

Kah kah kah ...

Anonymous said...

AJIS MESTI CAKAP TAK MAU NANTI KENA SWING MANA NAK LETAK MUKA
DIA KAN ULAMAK TERSOHOR

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template